nuffnang

Thursday, March 03, 2011

Biasalah I Kan Laser

Entry ni dah lama bermain-main di kepala, tapi bila ngadap pc je asyik la lupa nak buat entry pasal statement yg aku selalu dengar...

"Biasalah I Kan Laser"

Bukan bermaksud pancaran laser tu yer, tapi ni merujuk kepada mulut laser. I just wander la kan.. kita biasa dengar statement macam tu bila seseorang/kawan kita menceritakan balik apa yang berlaku atau pun cerita balik kat kita apa yang dia laserkan kepada orang lain. Bila keluar statement macam tu, seolah-olah kita ni berbangga pulak kan jadi seorang yang laser.

Kadang-kadang tu dengan gelak tawa dia berkata begitu, sangat bangga dirinya laser. Bukankah dengan melaser begitu bermakna kita sedar yang kita telah menyakiti hati seseorang? Atau mungkinkah alasan "Alaa.. dah dia tu pun laser jugak, padan muka la" ... pulak...
Well.. pesanan untuk diri sendiri jugak ni.. mungkin dalam tak sedar aku pun ada gak macam tu..

1 comment:

attyfir said...

betui tu kalo nak melaser pun hati2..kerana mulut santan binasa.