nuffnang

Friday, February 11, 2011

Awas Jerat Valentine Day

Jakim lancar kempen awasi jerat hari Valentine esok

10/02/2011 9:44pm

PUTRAJAYA 10 Feb — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine di sini esok untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Stesen televisyen juga perlu memainkan peranan melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan majlis Wacana Inovasi Dakwah Melalui Penyiaran di sini hari ini. — Bernama

No comments: