nuffnang

Monday, September 06, 2010

Pengasas Nouvelle Visages Dilaporkan Hilang Sejak Seminggu Lepas

sumber: mstar.com.my

KUALA LUMPUR: Pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu yang lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis yang menerima mendapat laporan Sosilawati tidak pulang ke rumah akan menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu, yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nash.

"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini (Ahad). - BERNAMA

2 comments:

Lagenda said...

Sosilawati ni picnik kat mana2 kot..x pun p holiday, pastu lupa nk bgtau family!

mier@merr said...

ingatkan budak2 je yang hilang....