nuffnang

Sunday, August 22, 2010

Setem Kad Raya Tahun Ni 50 sen

Aku nih pecinta kad raya.. sangat terkejut bila setem untuk pos kad raya dah jadi 50 sen! Adoiii la, takleh nak hantar banyak2 la utk tahun nih.. Walaupun zaman dah canggih dengan hampir semua orang hantar ucap selamat hari raya dengan sms/email/facebook, tapi bagi aku, budaya hantar kad raya nih ada nilai estetika nyer tersendiri. Lain sangat rasanya bila terima kad raya berbanding dengan terima sms ucap selamat hari raya. Teruja sangat bila ada kad yang diterima. Mula2 tertanya2 sapa lah pengirimnya, pastu tgk setem, ehh comel nyer setem.. pastu tengok chop kat setem tu dari negeri mana, then agak2 siapalah yg kirim.. bila buka tengok kad yg sangat cantik.. lagi la teruja... :)

Itu citer pasal terima kad raya, bab2 hantar kad raya plak lain plak keterujaannya! Dari pada proses memilih kad raya di kedai (tapi aku selalu beli kad raya packet yg Pos Malaysia punyer, sebab cantik,murah dan berkualiti), dan seterusnya buat list kepada siapa yang hendak dihantar, pastu proses menulis, kalau terlebih rajin, adalah buah tangan yg dikirim beserta kad tu, tapi tahun ni kad saja pun dah 50sen, kalau tambah souveniers mau jadi RM1.

So far, aku takde perancangan nak beli kad raya tahun ni, sebab kad raya tahun lepas yg tak guna lagi masih banyak. Habiskan je yang tahun lepas punyer. Kad raya company tempat aku keje bila nak dapat yer? Tapi kena catu lah biasanya dapat sket je sorang...


cikcloudy; tertunggu-tunggu kad daripada siapakah akan menjadi kad pertama yang diterima utk tahun ini


kad raya zaman dolu-dolu

keratan akhbar pasal harga setem naik;


Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketua Sokongan Operasi PosMel Zaidi Hussain berkata kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lepas. Kadar itu berkuatkuasa sehingga 28 Feb tahun depan bagi meliputi perayaan utama di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kadar setem yang rendah ini diharap dapat menghidupkan semula amalan menghantar kad ucapan yang semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi masa kini yang menggalakkan penggunaan internet dan SMS. "Kadar yang 25 peratus lebih rendah berbanding harga biasa itu boleh digunakan untuk menghantar kad ucapan dalam pelbagai saiz tetapi beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya.

Zaidi berkata bagaimanapun harga setem untuk kad ucapan ke destinasi antarabangsa masih dikenakan berdasarkan caj biasa, sama ada mengikut penghantaran laut atau udara. Beliau berkata Pos Malaysia menjangkakan jumlah kad raya tahun ini bertambah sebanyak tiga peratus iaitu daripada 6.84 juta tahun lepas kepada tujuh juta kad tahun ini.

Pada sambutan Hari Raya tahun lepas, jumlah terbesar yang menghantar kad ucapan ialah dari Lembah Klang iaitu sebanyak 56 peratus, diikuti Selangor (19 peratus), sementara negeri lain kurang dari 10 peratus, katanya. Zaidi berkata walaupun terdapat persaingan dengan kemudahan teknologi baru, orang ramai tetap menghantar kad ucapan kerana ia lebih bersifat peribadi dan boleh disimpan sebagai kenangan.

Bagi memastikan penghantaran kad ucapan berjalan lancar, Pos Malaysia akan mengambil 50 pekerja sementara, dan penambahan akan dibuat jika jumlah penghantaran kad melebihi jangkaan, katanya. Beliau berkata tarikh akhir menghantar kad ucapan Hari Raya Aidilfitri ialah 6 Sept. --Bernama

No comments: