Setakat nih aku pandai makan je ayam percik nih, tak pernah lagi buat sendiri.. meh kita review resepi ayam percik.. ada dua resepi ayam percik yang aku jumpa kat alam maya nih
photo credit:picasaweb.google.com
photo credit: travelpod.com
Ayam Percik Istimewa
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Bahan-Bahan:1 ekor ayam (dipotong lapan)
6 sm halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk)
Cara-Cara:
Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam. Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi.
Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.
sumber resepi: http://resepi.mesra.net/Detailed/880.shtml
Resepi kedua yang CikCloudy google..
Bahan-bahan
- satu ekor ayam, dibelah 4.
- untuk perap - ditumbuk
- 2 @ 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- satu inci halia
- sedikit serbuk jintan manis
- sedikit serbuk jintan putih
- garam secukup rasa
bahan kuah (percik)
*sebiji bawang besar ( kulit kuning)
*4@5 biji bawang merah
*7-10 tangkai cili kering
*satu inci halia
*sedikit belacan
1 keping asam keping
4 -5 batang serai - diketuk
santan diambil dr setengah biji kelapa
1 sudu makan tepung beras
secubit serbuk perasa
sepotong gula melaka
garam, gula
Cara-cara
Ayam dibersihkan. dan dilumurkan dengan bahan perap. perap ayam sekurang-kurangnya utk setengah jam ( lg lama lagi baik)
Untuk membuat kuah percik, kisar bahan bertanda * .
Setelah itu, bahan kisar hendaklah di tumis dengan sedikit minyak hingga garing.
Sesudah garing, blhlah di masukkan santan, ayam yg telah diperap, asam keping, serai, dan semua sekali.
Masak hingga mendidih dan biarkan ayam masak.
Sekatakan rasa masam, masin dan manis. kalau suka blhlah ditambahkan sedikit gula.
Masak hingga kuah pekat.
Bila dah siap, tutup api. asingkan ayam daripada kuah.
Bakar ayam untuk seketika. letakkan sedikit kuah pada ayam waktu membakar. ulangi proses tersebut untuk 2 @ 3 kali. boleh la di hidangkan.
sumber resepi: http://www.resepi4u.com/2008/01/resepi-ayam-percik-3.html
1 comment:
yummy!
Post a Comment