nuffnang

Thursday, July 29, 2010

Siapa Jho Low

Jho Low yang berparti dengan Paris Hilton

Jho Low

Nama sebenar: Low Taek Jho

Umur: 28

Asal: Pulau Pinang

Tinggi: 1.7 m

Berat: 88kg

Bahasa: Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan sedikit Arab

Pendidikan:

> Sek Rendah Union, Pulau Pinang> Chung Ling High School, Pulau Pinang> Harrow (A-Level)> Wharton School of Business, Univ of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005)

Kerjaya:

> Pada usia 20 tahun memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan nilai pelaburan berjumlah AS$25 juta hasil pelaburan ahli keluarga, rakan-rakan dari negara-negara Arab serta Asia Tenggara. Syarikat pelaburan itu kini bernilai melebihi AS$1 bilion.

> Dilantik sebagai penasihat dan pengarah bukan eksekutif UBG Bhd pada tahun 2008.

> Penasihat kepada beberapa buah syarikat korporat antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).

Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania.

Kata Low, kejayaannya dalam dunia perniagaan banyak ditentukan oleh situasi di mana beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul dan juga kerana dia telah dihantar menuntut di sekolah yang betul iaitu Harrow di United Kingdom dan kemudian Wharton di Amerika.

Di sini katanya, dia telah berkawan dan bertemu dengan anak-anak dari kalangan keluarga diraja Arab yang kaya raya dan keakraban serta kepercayaan yang mereka bina selama bertahun-tahun belajar bersama telah membantunya untuk mendaki kerjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Low menekankan betapa kepercayaan adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan sesebuah urusan dan juga perniagaan.

Jadi apabila dia mewujudkan syarikat pelaburan yang dinamakan Kumpulan Wynton, rakan-rakan sekolahnya dari kalangan keluarga diraja Arab seramai sembilan orang serta ahli keluarganya sendiri telah sudi melabur sejumlah AS$25 juta (RM79.7 juta).

Kini syarikat tersebut bernilai lebih AS$1 bilion.

Low, 28, adalah anak ketiga dan bongsu usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Larry Low yang memiliki sebuah syarikat kejuruteraan MWE.

source: mstar.com.my

No comments: