nuffnang

Monday, June 28, 2010

Service Charge

Service Tax? Service Charge?

hmmm...

Pernah tak korang perasan dekat resit pembayaran ada dikenakan service tax n service charge?
Macam gambar nih...


Resit masa kiteorang makan kat Pondok Laguna
Perasan tak ada service charge Rm1.80 tu...

Kalau kat Secret Recipe ada service tax n service charge. So apa beza plak service tax n charge?

Dah lama aku perasan benda nih, tapi tak pernah nak wat further research on it.. so malam nih terbaca kat satu blog nih.. so aku check la kat Jabatan Kastam...


PASTIKAN ANDA MEMBAYAR CUKAI PERKHIDMATAN KEPADA PENGUSAHA RESTORAN YANG DILESENKAN DENGAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

1. Orang awam boleh menolak untuk membayar cukai perkhidmatan sekiranya restoran gagal menunjukkan lesen cukai perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

2. Orang awam berhak meminta resit atau invois, tertera Cukai Perkhidmatan 5% atau tax inclusive 5%.

3. Orang awam boleh membuat rujuksilang senarai restoran yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 melalui laman web KDRM di alamat www.customs.gov.my, atau kepada Pengarah Kastam Negeri/ Ketua Bahagian Cukai Dalaman di Pejabat Kastam negeri-negeri berkenaan.

4. Orang awam boleh membuat aduan/ cadangan terus kepada Jabatan Kastam melalui E-Aduan atau kepada Ketua Bahagian Cukai Dalaman Negeri berkenaan.

5. Orang awam boleh mendapat dan muat turun maklumat/ panduan mengenai cukai perkhidmatan melalui laman web KDRM di alamat www.customs.gov.my di bawah tajuk Cukai Dalaman (Internal Tax) sub tajuk Cukai Perkhidmatan (Service Tax).

6. Untuk makluman, kesalahan tidak mendapatkan lesen cukai perkhidmatan dan tidak mengeluarkan invois jika sabit boleh didenda RM 5000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

7. Service Charge dan Service Tax/Government Tax adalah berbeza.

Service Charge (10%) adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak restoran itu sendiri untuk perkhidmatan (service) yang diberikan kepada pelanggan.

Service Tax/ Government Tax (5%) adalah dipungut bagi pihak Kastam Diraja Malaysia seperti yang tertakluk di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975.


secara ringkas nyer:
Service tax dikenakan kepada restoran yang jualan melebihi RM3 juta setahun dan dibayar kepada kerajaan melalui Kastam Diraja Malaysia.

service charge plak, masuk poket tokey kedai.... kwang..kwang..kwang..


more info: jabatan kastam


3 comments:

♥ nana i am ♥ said...

hellooo miss cloudy =)

intanurulfateha said...

klu doang tipu pun, kite x kn tau kan?

kak long said...

Dik , akak nak tanya..best dok makan kat sini?? Laguna..
Area situ ade lagi restoren Indon kan.. penah pg tak? Best ke??