nuffnang

Friday, May 07, 2010

Hari Ini Kami Cuti Hari Hol.. yeayy!

Sukanya dalam hati, hari ini Hari Hol hari cuti...

Yeahh, kepada orang yang dok di negeri Pahang je la hari ni merupkan cuti umum seluruh negeri Pahang.

Mesti ada yg tak pernah tau apakah Hari Hol itu kan??

Definisi Hari Hol Negari Pahang

Salam semua mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui apa itu hari Hol Negeri Pahang yang disambut pada tanggal 7 Mei merupakan cuti umum bagi Negeri Pahang sempena menyambut Hari Hol setiap tahun.

Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar itu, semua Jabatan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.


Selamat Bercuti pada semua orang Pahang sempena Cuti Hari Hol.


sumber:http://akuanakpahang.blogspot.com/2010/05/definisi-hari-hol-negari-pahang.html

No comments: