nuffnang

Friday, May 28, 2010

Budak Setan, Terkenang Zaman Baca Budak Setan Kat Sekolah Dulu



Can't wait to watch this movie! Tak sangka plak novel Budak Setan yg pernah aku baca zaman sekolah dulu diadaptasikan ke layar perak! Tengok trailer dia macam best je, dia nyer setting mcm cantik sangat, artistik gitu.. bila ek citer ni kuar? Cuti sekolah nih ker?



Ini artikel yg CikCloudy jumpa kat harian metro citer pasal Lagenda Budak Setan

Budak Setan senakal Ali Setan?


Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my
2010/05/26

red alert: artikel nih ada spoiler laaaa..iskkk apa daaa!

SEBELUM ini ada filem Ali Setan lakonan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy), kini ada Lagenda Budak Setan (LBS) dijayakan Farid Kamil serta Lisa Surihani. Sama-sama mengenai budak paling nakal di kampus hingga digelar budak setan, tetapi berubah apabila bertemu gadis pujaan.

Ali (Azmil) jatuh cinta dengan Asmidar (Ogy) manakala Kashah (Farid) cair melihat kejelitaan Ayu (Lisa), pelajar baru di kolejnya. Dalam filem arahan Sharad Sharan ini, Farid tampil dengan rambut 'draglock' dan sering buat kacau di kolej bersama tiga rakannya - Sapi, Man dan Cin Cai.


Bagaimanapun, insiden tercekik cicak yang diletakkan Kasha dalam tin minuman Ayu, mengubah segalanya. Kashah sedar kenakalannya itu boleh membunuh orang sedangkan hakikatnya sebelum ini ramai menjadi mangsanya. Kashah sedia meminta maaf kepada mereka yang pernah menjadi mangsanya, sebagaimana syarat Ayu untuk memaafkannya.


Filem diangkat daripada novel popular karya Ahadiat Akashah yang diterbitkan pada 1985 ini cukup dramatik bermula dengan kehidupan Kashah di kolej hinggalah bekerja dan berkeluarga. Cinta suci Kashah dan Ayu tidak berpanjangan apabila mereka dipisahkan waktu kerana Kashah menyiapkan kajian ijazahnya di pedalaman.


Kashah hanya ditemani gambar Ayu dan diari pemberian gadis itu manakala Ayu mengubat rindunya dengan menatap album kenangan mereka berdua. Kehadiran Emillia lakonan pendatang baru, Shiqin Kamal dalam hidup Kashah selepas kehilangan Ayu, menambahkan dramatik kisah dipaparkan kerana Ayu dan Emillia orang sama, tetapi kini wajah berbeza selepas menjalani pembedahan plastik. Jika John Travolta dan Nicolas Cage menarik perhatian dalam Face/Off, kita juga ada melalui lakonan Lisa dan Shikin.


Bagaimanapun, Lisa yang sering digandingkan dengan Farid dalam filem seperti I'm Not Single dan Semerah Cinta Stilleto, hanya muncul pada awal filem, tetapi selepas babak pergaduhan besar dengan Azmi (Que Haidar), tiada lagi wajah manis Lisa sebaliknya Emilia hadir dalam hidup Kashah.


Kebijaksanaan pengarah berjaya membuatkan penonton tidak menyangka mereka berdua orang sama malah Kashah tidak dapat rasakan kehadiran kekasih hati yang sangat dicintai dan dirinduinya. Tidak ada satu trademark sikap Ayu pada Emilia yang boleh mengingatkan penonton kepadanya, hanya melalui minyak wangi dipakai Emilia begitu juga lagu kesukaannya.


Watak Emilia agak berat buat orang baru seperti Shiqin, tetapi lakonannya tidaklah mengecewakan. Perkara ini diakui Shikin atau nama sebenar, Nur Ashiqin Mohd Kamal, 19, kerana diberi watak berat yang banyak bermain emosi. Selain kurang pengalaman, katanya, faktor usia juga membuatkan watak itu begitu berat untuk dirinya.


"Saya baru 19 tahun, tetapi Emilia sudah dewasa dan mempunyai kerjaya. Bagaimanapun, latihan selama dua minggu bersama Fauziah Ahmad Daud, banyak membantu saya mengenali watak. "Saya juga perlu menyesuaikan diri dengan lakonan Lisa terutama dari segi berjalan dan sudut pandangan. Perbezaan ketara antara kami ialah mata. Lisa memiliki mata kecil dan sudut pandangannya mendatar berbanding saya memiliki mata bulat. "Memang agak mencabar buat saya, tetapi ia satu pengalaman yang cukup berharga. Saya juga bangga berpeluang bekerja dengan pelakon berpengalaman seperti Que Haidar dan Farid Kamil. "Sebagai orang baru, saya juga gementar apabila berhadapan dengan mereka. Ternyata mereka tidak kedekut ilmu dan banyak membimbing saya," katanya ketika ditemui selepas pratonton filem ini, kelmarin.


Pelajar tahun pertama jurusan Sains Akatuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mula berjinak-jinak dengan lakonan menerusi filem komedi, Uncle Hussin bersama Zizan dan Johan Raja Lawak tahun lalu, kemudian menjalani uji bakat untuk LBS. Ternyata filem keduanya lebih dulu menemui penonton apabila ditayangkan di pawagam mulai 3 Jun ini.


Bagi Lisa pula, walaupun watak Ayu bukanlah unik atau jauh berbeza daripada watak yang pernah dijayakan sebelum ini, hakikatnya, LBS memberi banyak cabaran untuk dirinya.

No comments: