nuffnang

Friday, May 28, 2010

10 Orang Terkaya Malaysia

Kuok kekal terkaya di Malaysia

SINGAPURA - 40 individu Malaysia memiliki kekayaan bernilai AS$51 bilion (RM167.9 bilion) iaitu peningkatan sebanyak AS$$36 billion (RM118.58 bilion) berbanding tahun lalu dan AS$46 bilion (RM151.52 bilion) yang direkodkan pada tahun 2008.

Menurut senarai individu terkaya Malaysia oleh Forbes Asia, kombinasi kekayaan individu berkenaan telah meningkat sebanyak 42 peratus bersandarkan kepada penjanaan daripada perkembangan ekonomi yang semakin baik.




Peningkatan keseluruhan itu adalah sejajar dengan peningkatan sebanyak 32 peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika sebanyak 11 peratus sejak 12 bulan lalu.

Mengekalkan kedudukan sejak tahun 2006 dalam menerajui senarai itu ialah Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Forbes, Kuok yang berusia 86 tahun itu memiliki peningkatan kekayaan kepada AS$12 bilion (RM39.52 bilion) dengan kenaikan sebanyak AS$3 bilion (RM9.88 bilion) pada tahun lalu.

Taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$8.1 bilion (RM26.68 bilion) dengan peningkatan sebanyak AS$1.1 bilion (RM3.62 bilion) tahun sebelumnya.

Tempat ketiga dalam senarai tersebut ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan AS$4.6 bilion (RM15.15 bilion), peningkatan berbanding AS$3.2 billion (RM10.54 bilion) pada tahun 2009.




sumber:kosmo.com.my

No comments: