nuffnang

Sunday, April 18, 2010

Di Petang Ahad



Petang Ahad mcm nih best gak if dapat makan keropok nih yerk...

Memandangkan ramai orang kat internet nih suka meng-search for RESEPI, meh aku copy paste RESEPI KEROPOK LEKOR




first resepi ni from My Resepi.NET

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara-cara

  1. Ikan
    Bersihkan ikan.
  2. Koyak-ikan
    Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  3. Isi-ikan
    Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto.
  6. Lekor
    Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Rebus
    Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
  10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.

yang ni plak aku amik dr: http://pelangijingga74.blogspot.com/2009/05/resepi-keropok-lekor_23.html

Resepi KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHAN:-

1 mangkuk isi ikan kembung yg telah siap dibuang kulit dan tulangnye.
3/4 mangkuk tepung kanji
3 genggam tepung gandum
Sedikit garam halus
Sedikit ajinomoto
Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan je)


CARA-CARA MEMPROSESNYE:-

-Ikan dibersihkan dan dibuang kepala,ekor,kulit dan tulangnye.
-Kemudian sukat isinye dgn ape2 mamgkuk.
-Blender isi ikan td bersama air,garam dan ajinomoto.
-Tuang isi ikan yg telah disiap blender kedalam bekas besar(besin)
-Masukkan tepung kanji bersama tpg gandum,gaul sebati sehingga menjadi doh tidak melekat ditnggan.Lihat foto 1.
-Kemudian gentil seperti foto 2,menggikut saiz sendiri ye.
-Rebus dalam air yg mendidih.Apabila keropok tu dah timbul itu maknanye dah masak boleh diangkat dan disejat airnye.



Selamat Mencubalah yerk..

No comments: