nuffnang

Sunday, January 10, 2010

Penjenayah 4 Jahanam

Ingat headlines nih..?


Alhamdulillah... akhirnya Polis berjaya menangkap penjenayah-penjenayah yang aku citer kat entry ni --> Tangkap Orang-Orang Ini

Dalam kosmo.com.my hari ni ada berita pasal nih.. 

OMAR sambil memegang imej rakaman CCTV kes samun klinik di Ampang pada 7 Disember lalu yakin siasatan kes itu selesai selepas empat suspek berjaya ditangkap


KUALA LUMPUR - Kumpulan samun premis bersenjata yang dianggotai empat lelaki digelar Penjahat Empat Jahanam akhirnya tumpas dengan tangkapan terbaru membabitkan tiga lelaki yang bersembunyi dalam sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan kelmarin.


Selepas suspek pertama yang berusia 33 tahun ditahan pada 6 Januari lalu dan diikuti dengan kejayaan kelmarin, polis yakin siasatan kes tersebut telah selesai.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah memberitahu, pihaknya turut merampas beberapa buah telefon bimbit milik mangsa di klinik tersebut daripada suspek.