nuffnang

Saturday, January 02, 2010

Berhenti Merokok - Azam Tahun Barukah?




Alhamdulillah.... ada seseorang yang berniat nak berhenti merokok. Baguslah, harga rokok sekarang pun dah jadi RM6.40 kan? Mahal woo! Aku nak beli majalah yg harga RM5 tiap2 bulan pun fikir 2,3 kali ini plak nak bakar duit RM6.40 per day! Ada je kan orang hisap sekotak rokok sehari kan. iskk iskk... sesapa yg tak merokok tu jangan la cuba-cuba nak merokok, buang duit sia-sia je.

Berbalik kepada orang yang nak berhenti merokok tu, CikCloudy sangat-sangat menyokong penuh niat murni anda itu. Oleh itu, CikCloudy telah membuat beberapa pencarian kat alam maya ni akan petua-petua dan langkah-langkah untuk berhenti merokok.

Terdapat banyak sangat petua berhenti merokok yang aku jumpa kat internet sampai tatau nak baca yang mana.. anyway.. ni antara tips on how to quit smoking..


Mengikut artikel yang aku baca, part yang paling sukar dalam proses berhenti merokok ialah 'breaking the habits that go along with it'. Contohnya, perokok biasanya merokok apabila lepak bersama kawan-kawan. So, antara tips nyer,



* Elakkan berada di tempat atau situasi yang biasa membuatkan kita merokok
* Kurangkan masa bersama kawan-kawan yang merokok, dinasihatkan dok berkepit ngan CikCloudy je, jangan kawan dengan orang lain... hahaha..
* Selalu berada di tempat non-smoking.
*Jika ada ahli keluarga yang merokok, minta diaorang untuk tidak merokok ketika anda bersama mereka.
* Bersenam, ianya akan elakkan anda berfikir untuk merokok. - Jom g Taman Bandar
* Tingkatkan masa berdating dengan CikCloudy supaya anda tidak ada keinginan utk merokok
* Selalu teman CikCloudy shopping, dan tolong bawak barang shopping CikCloudy di kiri kanan tangan so that takde tangan dah nak hisap rokok... hehe


Ok... tips tu telah ditokok tambah yer..


all the best to my lalling in his determination to quit smoking...





p/s: if u berjaya quit smoking i bagi special gift tauuu... hehe

4 comments:

Budak Pensel said...

saya tak merokok sabtu ahad je..

caturist said...

Tq for the tips!

Angel said...

bagus cik cloudy, bagus.. dpt special gift tu lg mesti mendorong org tu berhenti.. :P

miss cloudy said...

bdk pensel... aikss.. bleh ek mcm tu?
caturist.. welcome
angel..hmmm... so far hari ke4 mcm agak ke laut gak la azam tu..huhu