nuffnang

Wednesday, December 16, 2009

Hati-Hati Bila Isi Minyak

Dah lewat malam baru nak belek2 suratkhabar.. well bukan belek la.. click2 online news la..
terkejut tgk/baca berita kat bawah nih sebab jadi dekat2 sini je...

sama2lah kita amik iktibar... hati2 bila isi minyak..


ANGGOTA bomba membantu Noraini yang melecur akibat disambar api di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah di Kuantan, semalam.


Wanita melecur disambar api di stesen minyak

SHAHRULANOOR ISHAKshahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba membantu Noraini yang melecur akibat disambar api di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah di Kuantan, semalam.

KUANTAN - Seorang wanita hamil empat bulan, Noraini A. Malik, 26, melecur di beberapa bahagian badan apabila kereta yang mahu diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah dekat Bandar Indera Mahkota di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi, Noraini melecur di tangan kiri, kaki kiri dan terbakar sebahagian rambutnya apabila api tiba-tiba membakar kereta Perodua Myvi milik suaminya.
Suami mangsa, Faizal Hassan, 32, berkata, kebakaran itu berlaku sebelum dia sempat mengisi minyak dan api didakwa datang secara tiba-tiba dari bahagian bawah keretanya sebelum menyambar isterinya melalui tingkap kereta yang dibuka.

"Saya tak tahu punca api dan bagaimana boleh berlaku. Saya tak gunakan telefon bimbit (semasa mengisi minyak), enjin kereta pun sudah dimatikan.
"Semasa itu, isteri saya yang mengandung anak sulung di tempat duduk pemandu dan kakak ipar saya di tempat duduk belakang," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Dalam kejadian itu, Faizal dan kakak iparnya tidak cedera.

No comments: