nuffnang

Tuesday, December 29, 2009

Cukai Perkhidmatan Kad Kredit

Aku sedikit pening baca news yg kat bawah nih... maknanyer setiap satu kad kredit yg mula digunakan Januari 2010 bila dah cukup setahun (Disember 2010) kena bayar RM50 cukai perkhidmatannya, gitu???



Pemegang Kad Kredit Bakal Mula Bayar Cukai Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Pemegang kad kredit boleh menjangkamelihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secaraberasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genapsetahunnya, atau semasa diperbaharui.
Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) hari ini berkata, sekiranya kad kreditbaharu dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.


Bagaimanapun, jika kad baharu dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukaiperkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genapsetahun berikutnya.
Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.


Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utamadan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata, cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagikad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wangseperti "Touch n' Go". - BERNAMA

2 comments:

Daun Bidara said...

sapa apply kad tahun depan untuk kad baru dia angkat rm 50 masa tarikh kad itu dikeluarkan.. tapi untuk orang lama, kata kad tu expiry date 13.5.2011 dia akan angkat rm50 pada 13.5.2010 dan gitu la seterusnya pada 13.5.2011 lagi rm 50... daun paham gitu

miss cloudy said...

owhhhh gituu.. ok paham.. tq!