nuffnang

Thursday, December 31, 2009

Amaran Ketua Polis Pulau Pinang menjelang tahun baru 2010

Aku seriously suggest kita pakat ramai2 dok umah je malam tahun baru nih... Lagi banyak buruk nyer daripada baik nyer kuar tgh2 malam tahun baru nih.. for sure malam tahun baru banyak road block - polis la.. jpj la.. for sure keta banyak, motor vroomm sana vroom sini.. for sure jem sana sini.. nak parking susah, dari pada nak happy2... sakit hati je dapat...

Baik dok umah lepak depan tv, bleh baring2 dengan selesa, bleh ber-fesbukk... kan kan... hehe..



'Jangan buat kecoh' - Amaran Ketua Polis Pulau Pinang menjelang tahun baru 2010

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



GEORGE TOWN - Jangan cemarkan sambutan malam Tahun Baru 2010 sehingga mengganggu ketenteraman awam atau berdepan dengan tindakan tegas polis.

Amaran daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob itu dibuat berikutan beberapa insiden yang berlaku semasa sambutan perayaan Hari Krismas di Persiaran Gurney di sini baru-baru ini.

Tegas beliau, orang ramai yang menyertai sambutan itu di mana-mana lokasi sekali pun diingatkan supaya tidak cuba menimbulkan sebarang kekecohan sehingga melanggar undang-undang.

"Polis sebenarnya mahu apa sahaja sambutan yang diadakan berjalan lancar, aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, tetapi kejadian baru-baru ini amat mengecewakan.

"Justeru, saya berharap mereka yang menyertai sambutan itu mesti tahu batasan mereka dan apa sahaja tindakan perlulah rasional," katanya pada majlis pelepasan konvoi Kembara Komuniti Polis Kontinjen Pulau Pinang di pekarangan Hotel Hard Rock di sini yang disempurnakan oleh Pengurus Besar hotel itu, John Primmer.

No comments: