nuffnang

Tuesday, September 29, 2009

Blackberry ke iPhone??

Aku sesungguhnya sangat teruja nak ada Blackberry, memang berangan sangat2lah nak ada Blackberry. Siap dah imagine bila dah ada Blackberry aku dah tak panggil Blackberry tu handphone dah, tapi akan cakap... "Eh... mana Berry I ye?" Cewaahhh... tapi apakan daya, hajat tak kesampaian (well at least for the time being lah).
Aku minat Blackberry Storm. Tapi sebab pertama yang membantutkan niat aku nak memiliki Blackberry nih ialah monthly bill ikut pakej nyer RM188! fuhhh... sangat tak practical la aku nak commit tu that, nak bayar streamyx lagi, bil astro lagi, owhh not to forget bil n prepaid maxis lagi... huhu..

Kalau terminate line Maxis... kalau line Celcom wat hal macam few days ago tak ke naya...

Another reason, Blackberry Storm nih tade wifi... memang la tak perlu dah pakai wifi sebab dah sah2 kan memang unlimited internet dah ada dalam pakej tu, tapi... according to the guy yg explain kat aku... kalau kita pi oversea, line internet Celcom tu takleh guna, so kena depend on wifi la nak berinternet, tapi kalau dah Blackberry Storm tu tade wifi camno...

Third reason, ada la few frens yg pakai dah penah pakai berry now pakai iPhone dah, n they said iPhone is better than blackberry...iskkk..

Hati dah tertawan kat berry, tapi bila tanya akal.. iPhone is the one...

tapi iPhone nyer pakej yg paling best RM148 per month tapi bukannyer unlimited internet access la pulakkk... lagi satu.. iPhone 3GS kena booking dulu, dalam masa lebih kurang sebulan baru dapat... iskkk lama tuuuu... yg iPhone 3G tak best sangattt....

Bila hati dan akal bersatu,fikir masak2... finally tak payah beli dua2 lah... senang citerrr....

owhh btw if nak blackberry yg ada wifi.. opt for blackberry curve, tapi aku tak suka plak design dia yg macam Nokia E71 tuu... bukan touch screen, tak canggih lor.. hahaha...

Blackberry Celcom untuk remaja


GOLONGAN remaja di negara ini pasti teruja kerana mereka yang berminat dengan telefon bimbit pintar Blackberry kini boleh memilikinya pada harga berpatutan dan beroperasi di atas talian prabayar Celcom Xpax.Bold


Naib Presiden Kanan Pemasaran, Celcom (Malaysia) Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata golongan remaja masa kini terdiri daripada mereka yang aktif menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial.


"Blackberry Curve 8520 adalah peranti paling tepat untuk mereka sejajar dengan inisiatif prapasang pelbagai aplikasi rangkaian sosial ke dalamnya untuk memudahkan lagi penggunaan, sedangkan harganya kelak amat berpatutan dan mampu dimiliki," katanya.

"Masyarakat Malaysia terutamanya remaja sentiasa menjadi pengguna tertinggi dalam perkhidmatan rangkaian sosial dan Facebook adalah petanda paling ketara apabila menjadi pengguna ketiga tertinggi di dunia," katanya lagi pada majlis pengenalannya kepada media di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Bagaimanapun, menurut Zalman pakej langganan dan harga Blackberry Curve 8520 itu belum ditentukan, namun yang pasti ianya amat berpatutan dan mampu dimiliki.

"Kami akan membuat pengumuman seminggu selepas hari raya nanti. Bagaimanapun, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan awal menerusi laman web dan mereka akan mendapat layan khas pada majlis pelancaran nanti," katanya lagi.
Blackberry Curve 8520 dilengkapi papan kekunci QWERTY, diperkasa oleh cip pemproses 512MHz, memori flash 256MB, kamera 2 megapiksel dan butang pantas untuk aplikasi multimedia untuk memudahkan pengguna pada kepantasan tinggi.


Blackberry Curve 8520

1 comment:

Oasis said...

Skarang sy pakai iPhone 3GS. Best. Next month nk ambk BB plak. Klu nk ambil BB, jgn pilih yg touch screen coz dia punya smooth x sebest iPhone.