nuffnang

Tuesday, September 29, 2009

iPhone Tidak Ada MMS???

iPhone 3GS dua kali lebih pantas

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my



SEJAK iPhone diperkenalkan, ramai yang berebut men dapatkannya malah sebelum ia berada di pasaran Malaysia lagi pengguna mula membelinya secara ‘gelap’ atau mencari di negara lain.

Sehinggalah ia diperkenalkan, aura iPhone ternyata meng hangatkan industri mudah alih walaupun ada yang merungut model keluaran Apple itu tidak mempunyai keupayaan khidmat pesanan multimedia (MMS).Mujur, model terkini iaitu iPhone 3GS yang dibawa masuk baru-baru ini oleh Maxis Communications Bhd (Maxis) mengurangkan kegusaran tambahan pula telefon bimbit terbabit tampak lebih bersedia dengan ciri hebat lain.

Penulis mendapati, ciri utama pada model 3GS tersembunyi pada keupayaan pemprosesan yang dua kali lebih laju ber banding model sebelumnya serta fungsi arahan suara memudahkan komunikasi.

Huruf `S' itu sendiri membawa maksud kelajuan (speed) ditambah sistem operasi iPhone 3.0 generasi baru selain aplikasi baru, `Find My iPhone' turut menjadi tarikan baru iPhone.

Ia membolehkan pengguna mengesan kedudukan tele fonnya yang hilang atau

dicuri menggunakan sistem ‘online’ Apple `Mobile Me' menunjukkan lokasi telefon terbabit dalam peta yang di sediakan.

Pengguna yang ingin mencarinya boleh menghantar SMS untuk membuatkan iPhone berkenaan membunyikan siren tidak kira ketika dalam`mode' senyap atau tidak.

Apabila hendak membuat panggilan, penulis menggunakan khidmat kawalan suara yang memerlukan penulis berkata ‘Call …’ sebelum ia menyambungkannya kepada si penerima panggilan.

Tidak terhad kepada panggilan semata-mata, pengguna boleh memainkan muzik dengan menyebut ‘Play artist…’, ‘Play song…’ atau ‘what song is this?’ yang secara automatik memutarkan lagu kegemaran.

Model ini turut dilengkapi kamera 3.0 megapiksel yang disertakan dengan fungsi fokus secara automatik malah penulis boleh menentukan subjek yang perlu difokuskan dengan menyentuhnya menggunakan jari saja.

Antara fungsi lain menggembirakan penulis termasuk ciri menyunting video yang mana pengguna boleh memotong senario tidak diperlukan pada bahagian depan atau belakang video terbabit.

Seperti dipaparkan di iklan Maxis, iPhone 3GS mampu menyalin teks atau foto dari mana-mana laman web sebelum ia di’paste’kan ke e-mel membantu memudahkan urusan harian pengguna.

Bak kata pepatah, iPhone 3GS boleh digambarkan sebagai alah membeli, menang memakai.

>Spesifikasi

PRODUK: iPhone 3GS

HARGA: RM1,990 (8GB), RM2,490 (16GB) dan RM2,990 (32GB)

PENGELUAR: Apple Inc

PERTANYAAN: Maxis Communications Bhd

TELEFON: 1-800-82-1123

LAMAN WEB: www.maxis.com.my/iphone3gs



Whattt... iPhone tade MMS? even iPhone 3GS pun takde MMS ke? iskk nak kena google n find out nih betul ke yg model 3GS ni pun takde MMS...

Nih yg potong stim nih.. Blackberry Storm tade wifi, iPhone plak tade MMS.. iskk...

No comments: