nuffnang

Sunday, July 12, 2009

Handphone Paling Murah?

Tadi baca kat paper Kosmo... ada model handphone baru di launch... CSL i-100

Harganya sangat murah! RM78 sahaja! Wahhh... menarik kan..






KUALA LUMPUR - Pengeluar telefon bimbit tempatan, CSL Group of Companies (CSL) semalam melancarkan model telefon bimbit baru, CSL i-100 yang didakwa termurah bagi skrin warna dengan harga RM78 seunit.

Menurut Naib Pengerusinya, Ir. Megat Radzman, telefon model ke-54 syarikat itu dilengkapi nada dering 16 poly-phonic, sistem navigasi empat hala dengan berat 59.7 gram.

Model itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ia berbeza dengan telefon jenama lain yang biasanya berharga RM100 dan ke atas dengan nada dering mono dan skrin hitam putih,'' kata Megat pada sidang akhbar di Tesco Ampang semalam.



- kosmo

3 comments:

Unknown said...

sebab xde org nk beli, sb tu jual murah..ahahha..

EiNS said...

Model ke 54 dah?
Satu model pun aku tak pernah dengar pasal phone CSL?

Anonymous said...

positif la, bg aku hphone ni dpt dibeli oleh masyarakat yg berpendapatan rendah..
tahniah CSL, kerana memahami tahap kewangan masyarakat malaysia..
Sekiranyan sesuatu brg/khidmat hanya mementingkan harga yg tggi shj sekaligus meminggirkan masyarakat yg kurang berpendapatan rendah. Ini juga akan menjurus kpd sifat kapitalis.