nuffnang

Sunday, November 25, 2007

Ayat-Ayat Cinta



Tajuk Buku: Ayat-Ayat Cinta

Penulis: Habiburrahman El Shirazy

Penerbit:Ar-Risalah Products Sdn. Bhd.

Sumber: Di pinjam dari seorang ustaz di kolej

Watak Utama: Fahri, Maria, Aisha

Skarang ni (since last week) tengah baca buku ni. Actually dah lama dengar2 citer pasal buku ni, tapi tade la sampai plan nak bli... kebetulan pulak satu ari tu, aku pergi ofis this one ustaz, ternampak dia tengah baca buku ni, I was a bit surprise, tak sangka that ustaz baca novel mcm ni... hehe... Tapi masa aku nampak tu aku buat biasa jek la, takut dia segan kantoi ngan aku. Aku cakap kat dia nak pinjam, tak sangka plak baru2 ni dia bagi aku pinjam,aku pun dah lupa pasal aku minta pinjam dengan dia...

Tentang Apa Buku Ini

Mengkisarkan kisah kehidupan seorang pelajar sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kisah kehidupan dari hari ke hari beliau dibumi Mesir dengan pelbagai pengalaman yang tidak pernah aku tahu. Membaca buku ini ada masanya memberikan rasa damai di jiwa. Kehidupan Fahri yang Islamik sangat menenangkan. Pelbagai pengajaran yang aku dapat dalam buku ini. Banyak ilmu yang ada kena mengena dgn Islam dan kehidupan. Bagaimana adab pergaulan yang dianjurkan dalam Islam.

Yang Menarik

Membaca buku ini membuatkan aku rasa seronok untuk kembali menjadi seorang pelajar semula. Tak pernah lagi aku membaca buku yg berlatar belakangkan negara Mesir. Kehidupan Fahri yg sangat alim dan Islamik sangat memikat hati. Aku seolah-olah dapat membayangkan bagaimana Fahri menjalani kehidupan seharinya. Mempunyai jadual belajar dan kerja menterjemah yang padat, ditambah pula dengan kerja-kerja amal membantu mereka yang bermasalah di sekelilingnya.

Ending

Belum boleh komen pasal ending sebab aku tak habis baca lagi... hehehe..

At the moment tgh baca bab Fahri kena masuk spital... iskk... suspen la plak...

Will continue this after I finished reading the book...

Ciao..

=============================================================

Sunday 10:15am

Selesai sudah Ayat-Ayat Cinta kubaca. Sejak dari 6:30 pagi tadi aku sambung baca sehingga lah lebih kurang 9:30 pagi tadi aku tamatkan novel yg penuh pengajaran itu. It was indeed a 'pembangun jiwa' punyer novel. Sehingga aku seolah-olah terikut-ikut dengan lenggok bahasanya. Ingin sekali memanggil nama orang2 yg kukasihi dengan cara watak di dlm novel itu. Ingin sekali menjadi muslimah seikhlas Aisha, setabah Nurul dan sesuci Maria. Aisha yang dengan ikhlas nyer membenarkan suaminya Fahri menikahi Maria demi menyelamatkan nyawa Maria. Nurul yg tetap tabah walaupun cinta murninya di tolak Fahri dan Maria yg meninggal dunia sesudah mengucap kalimah syadah (buat pertama kali).

Note to self: Should read more of buku2 yg mcm ni, membaca buku ini indeed mendamaikan jiwa, membangunkan jiwa, menyedarkan jiwa yang senantiasa lalai ini.

No comments: