nuffnang

Thursday, August 30, 2018

BEST SANGAT KE HANTU KAK LIMAH?

DAH rm32.5 JUTAAA dah babe kutipan filem Hantu Kak Limah


ni report dr Berita Harian....
FILEM Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid mencatat sejarah dan rekod tersendiri dalam industri perfileman tempatan apabila dilaporkan mencatatkan kutipan lebih RM32.5 juta sejak mula ditayangkan 9 Ogos lalu sehingga kini.
Walaupun belum ada laporan rasmi berhubung kutipan daripada mana-mana pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) atau pihak pemamer (panggung wayang), tetapi angka lebih RM30 juta itu sudah menjadi viral dalam media sosial.

ni dr wikipedia

Hantu Kak Limah 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Hantu Kak Limah
PengarahMamat Khalid
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Khairul Anwar Salleh (eksekutif)
TP Lim (eksekutif)
PenulisMamat Khalid
Dibintangi olehAwie
Zul Ariffin
Uqasha Senrose
Delimawati
TJ Isa
Sharwani NS
SinematografiJack Rahmad
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat
produksi
Astro Shaw
Infinitus Productions
Mula ditayangkan
9 Ogos 2018
Tempoh tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM1.2 juta
Pecah panggungRM32.5 juta[1]
Hantu Kak Limah 3 (atau Hantu Kak Limah sahaja) merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 arahan Mamat Khalid.[2]Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah.[3] Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.[4]
Penggambaran dijalankan pada Oktober 2017 di TaipingPerak dan berakhir pada November 2017. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa Man KadirZami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah.[5] Ia juga merupakan filem terakhir lakonan Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018.[6] Hantu Kak Limah menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM32.5 juta dalam masa 18 hari di seluruh negara, lantas menjadikannya filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia.[7][8]

No comments: