nuffnang

Thursday, June 18, 2015

Bermulanya Bulan Durian Runtuh


Salam 1 Ramadhan... how is your day so far??? Jom kite berlumba2 kumpul pahala...





KOTA BHARU - Umat Islam di negara ini dinasihatkan  bijak guna masa dan menghindari perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan sepanjang Ramadan ini.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Ramadan adalah bulan yang boleh diibaratkan sebagai ‘durian runtuh’ atau bulan pahala yang dikurniakan ALLAH SWT untuk memberikan ganjaran kepada umat Islam.

“Maka setiap umat Islam itu tidak boleh mengabaikan peluang ini untuk berbuat baik, menghulurkan derma dan sambutlah Ramadan ini dengan satu ketetapan, keyakinan, kesabaran dan kepatuhan yang tinggi kepada ALLAH SWT.

“Hiasi masa kita dengan membaca al-Quran, memahami maksud disampaikan, solat tarawih dan tidak kurang juga mendirikan solat sunat yang lain.

Hayati apa yang terkandung dalam al-Quran dan kaitkan dengan alam persekitaran kita, itulah sebaik-baiknya kita menghargai kekuasaan ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dunia moden dengan teknologi yang canggih kini semakin mencabar keimanan umat Islam dan sebenarnya masyarakat tidak menyedari, pelbagai anasir negatif boleh timbul melalui kebebasan tersebut.

Beliau berkata, ia termasuklah juga dengan pelbagai pendedahan dan program di televisyen yang kini dilihat semakin tidak menghormati garis panduan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Jika kita bijak atur masa, kita tidak akan sesekali lalai dengan program di televisyen yang tidak membantu ke arah kebaikan. Oleh sebab itu, kita mesti atur satu perancangan yang kemas pada bulan puasa ini.

“Sifat orang yang berpuasa adalah menggunakan akal fikiran, mata, telinga, tangan dan tubuh badannya untuk ke arah kebaikan, bukan untuk memfitnah, bukan untuk menyebarkan berita palsu sebagaimana kita lihat di laman sosial,” katanya.

Mohamad berkata, sebaiknya masyarakat perlulah memilih rancangan televisyen yang 'menjerumuskan' ke arah kebaikan dan mendatangkan kesedaran, daripada melihat sesuatu perkara yang maksiat dan mengurangkan pahala pada bulan puasa.

sumber sinar harian

No comments: