nuffnang

Tuesday, July 01, 2014

Orang Pekan Bahagia

Tadi baca kat Utusan psl survey yg di buat iaitu kajian indeks kebahagiaan negara 2013, antara daerah yg pnduduknye bahagia ialah pekan kat pahang ni.

ni artikel nyer

KUALA LUMPUR 26 Jun - Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.

Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.

Beliau berkata, ia bermula pada 2012 dengan penyertaan sebanyak 82 PBT dan tahun lalu meningkat kepada 94 PBT.

"Purata indeks kebahagiaan penduduk pada 2012 ialah 75.18 peratus atau sederhana bahagia. Kajian indeks terbaharu tahun lepas menunjukkan 90 PBT berada pada tahap sederhana untuk kebahagiaan penduduk masing-masing iaitu antara 50 hingga 79 peratus, manakala empat lagi melepasi 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kajian Indeks Kebahagiaan Negara merupakan salah satu petunjuk baharu yang diperkenalkan di bawah Dimensi Komuniti Sejahtera Tema Kualiti Kehidupan untuk mengenal pasti kesejahteraan masyarakat dalam arus pembangunan semasa.

Kajian berkenaan dijalankan menerusi pusat operasi MURNINets Kebangsaan dengan bantuan pegawai-pegawai PBT bersama penduduk dalam kawasan pentadbirannya.

Menurut Abdul Rahman, Indeks Kebahagiaan Negara dapat mengenal pasti hasrat dan aspirasi rakyat secara langsung terhadap pembangunan yang membolehkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk ditingkatkan secara keseluruhan.

Beliau berkata, soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan tetapi meliputi penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi menerusi konsep pemerkasaan, perwakilan serta perundingan bersama penduduk.

"Peningkatan kualiti penduduk ini dapat membendung masalah rasuah, jenayah dan lain-lain isu sosial. Justeru, kementerian akan terus melaksanakan program yang khusus ke arah meningkatkan kesejahteraan penduduk," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140627/dn_06/4-daerah-paling-bahagia#ixzz36BEUse1s
 Utusan Melayu (M) Bhd

2 comments:

uncle gedek said...

Orang pahang ni orang PM... bahagia la kot...?

hehe

miss cloudy said...

a'aah kannn.. pandai lah uncle nih hehe