nuffnang

Monday, March 17, 2014

Arab Saudi Haramkan 50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu.

RIYADH - ARAB SAUDI . Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan  50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu.

Jurucakap kementerian berkata, nama Barat seperti Sandy, Linda dan Elaine diharamkan termasuk Malika yang bermaksud permaisuri dan Amir bermaksud putera.“Nama menghina tuhan seperti Malaak yang bermaksud malaikat, nama Nabi atau Jibril juga diharamkan," katanya.


Menurutnya, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain termasuk dalam senarai pengharaman kerana mirip kepada gelaran dalam puak Syiah dan boleh disalah tafsir.“Nama pemimpin Revolusi Mesir 1952, Gamal Abdel Nasser turut tersenarai diharamkan,’ katanya, dipetik dari laporan Gulf News.


Bagaimanapun, Mesir memandang sinis pengharaman nama itu kerana berpendapat Raja Farouk yang digulingkan ketika revolusi itu mempunyai kaitan dengan Saudi.    Berikut adalah nama diharamkan: Abdul Aati, Abdul Musleh, Nabiyya (nabi wanita), Sumuw (yang mulia), Al Mamlaka (negara), Tabarak (diberkati) Nardeen, Maya, Randa, Basmala (dengan nama ALLAH), Taline, Aram, Nareej, Rital, Alice, Rama (Tuhan Hindu), Maline, Inar, Maliktina, Lareen, Kibrial, Lauren, Benjamin, Naris, Yara, Sitav, Loland, Tilaj, Barrah, Abdul Nabi, Abdul Rasool, Abdul Mu’een, Abrar, Iman, Bayan, Baseel dan Wireelam.



---- http://www.sinarharian.com.my/

No comments: