nuffnang

Friday, January 10, 2014

Banjir Kuantan, Kuantan Banjir

Assalamualaikum....Hari ni kecoh lagi Kuantan banjir! Ramai yg dok bertanya kat fb, macam mana banjir kat kuantan, kuantan banjir ke? Actually petang tadi Sg. Lembing je banjir, kat bandar Kuantan takde apa2 pon.. tapi apa2 pon kena bersiap sedia lah kan... ni news pasal banjir 10 januari 2014 yg CikCloudy jumpa kat awani...



Kuantan diarah bersedia hadapi banjir gelombang kedua


KUANTAN: Penduduk di sekitar Kuantan diminta bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua selepas Stesen Siren Amaran Banjir Sungai Lembing di sini, mengeluarkan amaran pertama.

Jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran Kuantan, Sumiliana Sulong berkata amaran pertama berlaku pada 3 petang tadi selepas paras air di Sungai Lembing mencecah 19.75 meter iaitu menghampiri paras berjaga-jaga (20 meter).

"Siren amaran itu akan dibunyikan lagi sekiranya paras air di Sungai Lembing mencapai paras berbahaya iaitu setinggi 22 meter," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh 12 jam, paras air di Sungai Lembing berkemungkinan akan mencecah paras bahaya dan limpahannya akan sampai ke bandar Kuantan.

Sehingga 4 petang tadi, katanya KM36 Jalan Kuantan-Gambang ditutup kepada kenderaaan ringan ekoran dinaiki air setinggi 0.6 meter.

Menurut Sumiliana, Sungai Isap, Chendering, Paya Besar, Lubuk Puyu di sini antara kawasan yang menunjukkan limpahan air longkang manakala kawasan berpaya di Panching juga telah melimpahkan air.

"Kita meminta penduduk kawasan rendah di Kuantan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya hujan lebat sejak semalam berterusan.

"Penduduk di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini diminta berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah," katanya.

Banjir buruk yang berlaku di Pahang awal Disember lepas mengakibatkan lebih 40,000 mangsa banjir dari sembilan daerah dipindahkan, selain meragut tiga nyawa.

Berita mula diterbitkan pada: Januari 10, 2014 20:16 (MYT)
Tag: banjir, gelombang, kedua, Kuantan

No comments: