nuffnang

Wednesday, August 14, 2013

iPhone 5S Keluar Bulan Depan?

Tadi baca ke astro awani.... iPhone 5S is cominggggg.. mcm nak beli pon kan... takpelah tumpang excited

KUALA LUMPUR: Ramai di media sosial sedang rancak berborak tentang khabar yang pelancaran telefon pintar iPhone 5S akan diadakan pada 10 September ini.

Model terbaru ini dijangka mempunyai kamera hadapan dan belakang yang lebih baik dan pemproses yang lebih laju. Selain itu, antara baru yang akan diperkenalkan adalah pengimbas cap jari (fingerprint censor) sebagai ciri keselamatan tambahan untuk membuat bayaran atau mengakses akaun Apple.

Menurut laman webAllThingsD, edisi baru iPhone ini akan menggunakan sistem operasi iOS7 dimana menu dan ikon berwajah baru sepenuhnya. Sistem notifikasi dan susunan foto juga dijangka akan menjadi lebih mesra pengguna.

Pihak Apple belum lagi mengesahkan mengenai laporan itu atau mengeluarkan sabarang butiran tentang iPhone 5S namun ia akan menjadi ujian kepada Apple kerana saingan sengit dari telefon Android dan pesaingannya Samsung.

No comments: