nuffnang

Saturday, May 18, 2013

Blogger Kak D Comatosewithbraindamage di Harian Metro


Tadi baca latest entry Kak D kat blog dia yg pasal artikel kat metro tu, cerita dia berbisnes kat blog masuk harian metro, pastu wartawan tu siap terkantoikan Kak D owns a company lagiii... so terus la CikCloudy carik kat metro online... so ini lah artikel Diana Ishak kat Harian Metro ...


Medan tambah ilmu, jana wang
Oleh Siti Zarinah Sahib
Selama ini dia tidak pernah menyangka blog yang dihasilkan sekadar suka-suka pada 2006 mampu menjana pendapatan lumayan. Dengan gaya penulisan santai menggunakan bahasa mudah, Diana Ishak atau lebih dikenali sebagai Kak D mampu mengumpul pembaca sehingga 500,000 sebulan dengan pengunjung mencecah tujuh juta setakat ini.
Menyedari blog http://comatosewithbraindamage.blogspot.com mendapat maklum balas positif pembaca, ramai yang meminta dia mengiklankannya di blog termasuk produk kolagen Ephyra. Sebelum ini Diana tidak pernah mengambil produk berbentuk makanan kesihatan memandangkan tidak yakin dengan keberkesanannya.
Namun selepas dua minggu mencuba, tubuh menjadi lebih bertenaga, kulit semakin halus dan lembut. Dia mengakui bahan berasaskan ikan laut dalam bersama bahan sampingan acai beri dan serbuk tomato membantu memperbaharui struktur kulit, menjadikan ton kulit sekata sekali gus wajah lebih muda daripada usia.

"Memang saya agak memilih untuk me–ngambil makanan kesihatan mungkin kerana bekerja sebagai pegawai penyelidik menyebabkan saya amat teliti mengenai penghasilan sesuatu produk serta bahan digunakan," katanya yang menggunakan lambang epal hijau di blog.


Bagi menerangkan dengan jelas kepada pembaca, dia mengambil gambar sebelum dan selepas pengambilan kolagen. Dia juga menulis secara terperinci kebaikan setiap bahan bagi meyakinkan pengguna.


"Komunikasi secara interaktif ini menjadikan pembaca lebih mudah memahami. Saya pula tidak bertindak hanya sebagai penjual semata-mata tetapi rakan alam maya dan perunding kecantikan mereka," jelasnya.

Melihat perwatakan yang ceria dan bersahaja serta teliti dalam semua perkara, dia yang bekerja sebagai pegawai penyelidik di syarikat miliknya sendiri Xziz Biotech Sdn Bhd mengakui, personalitinya banyak dipengaruhi kerjaya terutama dalam membuat keputusan.

Berperanan menjalankan kajian ke atas contoh hidupan laut dalam bagi mengetahui tahap keselamatannya, Diana sering mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian serta berkongsi dengan pembaca blog. Realitinya ramai pengguna tidak tahu apa yang mereka guna dan makan setiap hari.

"Oleh itu saya banyak berkongsi dengan pembaca mengenai bahan dalam kolagen serta keberkesanannya. Begitu juga dalam bidang tugas saya sebagai pegawai penyelidik, saya harus memastikan kandungan selamat dan halal sebelum menjual kepada pihak universiti untuk dibuat kajian," katanya.

Disebabkan mendalami bidang penyelidikan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Universiti Malaysia Sarawak ini sangat teliti bagi setiap kandungan produk makanan kesihatan yang diambilnya.

Bagi Diana, tidak semua makanan kesihatan mengandungi bahan yang sesuai dengan tubuh badan seseorang.

"Misalnya perbezaan antara vitamin C de–ngan kolagen serta kepentingan kandungan seperti acai beri kepada kulit seseorang. Kolagen memberi kebaikan untuk kulit selain mempercepatkan penghadaman dengan kandu–ngan acai beri. Perkara ini saya perlu tahu untuk berkongsi dengan pembaca," ujarnya.

Wanita bekerjaya dan pada masa sama menjalankan perniagaan dalam talian, jadual harian Diana sibuk setiap hari. Bermula jam 8 hingga 5 petang masa digunakan di pejabat untuk menjalankan penyelidikan, selepas pulang ke rumah sebagai isteri dan ibu, dia menjalankan tugas di dapur kemudian menyemak pembelian pelanggan, membungkus dan keesokannya menghantar ke pejabat pos.

"Kalau diikutkan penat, memanglah penat. Tetapi blog menghubungkan saya dengan pembaca dan pelanggan. Blog juga menjadi terapi untuk saya melepaskan tekanan selepas seharian bekerja. Walaupun tidak banyak cerita dikeluarkan setiap hari, komen diberikan memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis. Apatah lagi kini saya menjalankan perniagaan menjual produk makanan kesihatan, secara tidak langsung blog menjadi kedai maya untuk pembaca mendapatkan makanan kesihatan mereka," ujarnya yang menetap di Subang, Selangor.

Kebanyakan wanita masa kini mempunyai blog, ruang bagi mereka meluahkan perasaan dan menceritakan aktiviti harian. Ramai tidak tahu menerusi penulisan, pemilik blog sudah memiliki pembaca mereka sendiri.

"Blog menjadi penghubung dengan pembaca dan pelanggan. Dulu saya tidak pernah terfikir menjadi usahawan alam maya. Selepas sebulan melakukannya, saya mulai nampak masa depan dalam bidang ini. Jika saya boleh melakukannya tidak mustahil wanita lain juga mampu. Apa yang perlu dilakukan adalah berusaha dan fokus apa yang ingin dipasarkan," jelasnya.

Walaupun memperoleh pendapatan lumayan hasil menjual Ephyra dan antara penjual paling aktif di Malaysia, Diana tidak pernah terfikir berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada perniagaan. Baginya ilmu dalam bidang penyelidikan harus digali setiap hari bagi mendapatkan pengalaman serta perkara baru.

"Semakin banyak kita mencari sebenarnya semakin banyak yang tidak kita ketahui. Oleh itu saya banyak membaca dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat terkini terutama dalam bidang kesihatan. Dengan mendapatkan ilmu, saya dapat berkongsi dengan pembaca terutama pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," katanya yang menasihati pembaca supaya menukar minda tidak hanya menulis blog tetapi meluaskan pengetahuan dengan menjadikan blog medan memasarkan barang.

Bagi suri rumah tangga, ini juga peluang untuk memulakan perniagaan. Mulakan dengan mencari ilmu terlebih dulu kemudian membina rangkaian pembaca dan pelanggan seterusnya memperkukuhkan jenama.

"Apa yang saya lakukan adalah sentiasa memastikan cerita dipaparkan menarik perhatian pembaca. Dengan cara ini, ada pengunjung yang ingin meletakkan iklan berbayar kerana yakin blog saya mampu mempromosikan produk mereka. Antaranya iklan pakaian dan produk wanita," ujarnya yang turut memasarkan tudung dan aksesori menerusi laman sesawang Fleur Closet yang baru saja dibina.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/16

1 comment:

green apple said...

tq baca blog akak :)