ni td CikCloudy buka website majlis keselamatan negara
Status Terkini Pergerakan Ribut Tropika Sonamu - bergerak perlahan menjauhi Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke arah Selatan-Barat Daya. Orang awam dinasihati mengikuti perkembangan terkini disaluran rasmi MKN dan JMM bagi mendapat maklumat yang tepat
Ribut Sunamo: Penduduk pesisir pantai usah panik
KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Penduduk pesisir pantai diminta tidak terlalu panik berikutan amaran ribut tropika Sunamo dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam yang bakal melanda Pantai Timur esok.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad berkata, perkara itu berikutan ribut yang berpusar di perairan Laut China Selatan tersebut semakin menjauhi persisiran pantai Pantai Timur selain semakin reda.
Menurutnya, ribut itu juga hanya akan menyebabkan fenomena biasa dengan angin kencang serta hujan lebat dan bukannya taufan seperti yang digembar-gemburkan.
Bagaimanapun jelas beliau, ribut tropika itu difahamkan boleh mengakibatkan negeri itu dilanda banjir gelombang ketiga yang lebih besar berbanding bencana sebelum ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment