nuffnang

Saturday, August 04, 2012

Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan


Kat Kuantan ni memang ramai lah yg tahu akan aktiviti berbuka puasa di Padang MPK Kuantan ni. Even dah masuk paper and TV3 dah pon. Tengok gambar tu.. hampir penuh padang tu... besar padang tu.. bukan satu padang bola je tu.. ada kalau tak silap 3 padang bola.

Sebelah padang tu ada Pasar Ramadhan, so senang lah, beli makanan pastu terus cari port kat padang, habis makan terus boleh pergi solat kat Masjid Negeri yang tersergam indah tu.

As for me, pernah dah la merasa berbuka kat Padang MPK Kuantan ni, seronok gak la makan ramai-ramai dengan kawan2 dan orang2 lain yg kita tak kenal.. tp best lagi berbuka kat rumah sendiri kot.. :)

Nak merasa pengalaman baru ok la.. tapi yg tak best nyer kalau pergi dengan tak buat preparation .. kalau rumput basah lepas hujan...dan takde bawak suratkhabar utk lapik duduk, abis laa vontot kitaa.. pastu nk solat pun dah rasa tak selesa bila seluar dah kotor kan. Ada gak yg g siap bawak tikar and bekalan makanan dari rumah... semangatt tul.

Apa pun, everytime datang bulan puasa berbuka beramai-ramai kat padang mpk kuantan ni dah menjadi satu keunikkan di kuantan ni, dan memang meriah.

No comments: