nuffnang

Sunday, July 29, 2012

Tiram

I just don't understand what is the fuss about with how delicious oyster is...? Aku makan tak sedap pon, rasa macam kembang tekak jerr.. hahaaa... rasa macamm... erkkk.. kang cakap kang tak lalu makan korang time berbuka nanti.. hehe..



ni tiram yg aku makan, maybe tak sedap sebab tak letak air limau kot..

a little info about tiram from wikipedia..

Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi.

Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Ingsang menapis plankton daipada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.

Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas.

Tiram yang dimakan tidak mampu menghasilkan mutiara berkualiti tinggi, sungguhpun salah faham pendapat sering dijumpai, sering kelihatan dalam gambaran atau gambar di mana tiram yang boleh dimakan sering kali dikaitkan dengan mutiara berkualiti tinggi.

No comments: