nuffnang

Sunday, June 26, 2011

Kucing Jantan lagi...

Sunday sudah...Meniti sisa-sisa hari minggu.. Mingguan Malaysia (MM) ada kolum Kucing Jantan hari ni, kalau dulu beli MM sebab nak baca kolum tu, tapi since boleh baca je online.. sila jgn bazirkan duit..
this week.. Sudah sememangnya sifat semula jadi seperti itu, yang menarik perhatian aku..

Kalau lelaki dan perempuan mempunyai keutamaan yang serupa, maka ia seolah-olah kedua-duanya menarik kapal layar ke satu arah saja dan tentunya boleh menumbangkan kapal layar ke laut.

Tak faham? Maksudnya begini. Perempuan akan sentiasa menyatakan bahawa lelaki tidak betul. Tetapi lelaki buat saja apa yang dia rasa hendak buat walaupun perempuan kata dia tidak betul.

Sudah tentu perempuan akan sentiasa kata apa yang lelaki buat tidak betul kerana kedua-duanya mempunyai ukuran betul atau tidak betul yang berbeza.


Hmmmm..something to ponder kan...masih banyak tentang perhubungan sesama manusia yang perlu kita pelajari, tapi sakit sikit la sebab belajar melalui pengalaman ni melibatkan jiwa dan raga. Hati dan perasaan jadi taruhan.

1 comment:

norehan said...

Salam Miss Cloudy,

I pun ada baca juga KucingJantan tu smlm. Dan mmg susah nk paham lelaki ni. I dh kawin 15 thn, terus terang I tell u, I masih tak paham lg husb I. Mmg kita dh maklum mkn kegemaran dia, benda dia suka, apa dia tak suka tp deep inside kita masih tak paham. Di pihak dia pulak, I pun tak tahu, dia paham I atau tak. Mmg sebenarnya lelaki dan wanita tak memahami antara satu sama lain.