nuffnang

Sunday, June 05, 2011

Kiteorang Dah Tengok KONGSI yeayy!




GSC kat EC Mall n Berjaya Megamall dah tak tayang movie KONGSI dahh... So, kenalah tengok kat bigcinema yg dekat Kompleks Teruntum tu.

Finally dapat la pecah rekod kami yg dah berzaman tak tengok movie.. last movie was TRON! Lama giler tuu..awal tahun kan? Ke ujung tahun lepas? Lame excuse; busy! Busy buat apa ntah :)

Anyway, kiteorang tgk show yang 12:45pm, that time tak ramai sangat la orang, lagipun citer ni dah tayang since awal bulan lepas kan. Sebesar2 wayang tu adalah lebih kurang 30 orang je..dan yang paling penting ketenteraman tengok wayang tak terganggu dek kepala orang depan atau bunyi2 henpon ke, bunyi orang borak ke, bunyi wayang lain ke (wayang lain.. huhu)

Mr.Monday: Nah amik simpan tiket ni, nanti nk letak dlm blog kan. :)

Walaupun citer ni dah basi, sebab dah lama kuar tapi itu semua tak penting, yang penting dah gak tgk dan paling penting RM8 je for each tiket, if not RM10 (kalau citer baru n during weekend..rasanyer lah, sebab org yg beli tiket depan aku kena bayar RM10 n dia bukan tgk KONGSI)


Bukan CikCloudy je excited nak tgk citer ni, Mr.Monday pun sama, sebab time tgk trailer dia kat tv tu tertarik sgt dengan scene2 yg dipaparkan especially yg Sam cakap... kongsi gelap gapo lagu ni cubit sket jerik serupo ponde.. Memang lawak la dialog2 Sam yang kecek kelate dengan lenggok Siam.

Nak citer sinopsis dia ke? Tak perlu la kot,semua dah tau kan yg watak Shaheizy Sam - Tumulak (mcm temulawak je) seorang gangster dari Siam yg datang ke KL dgn misi membunuh beberapa org gangster2 KL. Si Fizo pulak, anggota Polis yg asalnyer kawan Tumulak.

Memang best la citernyer, tapi untuk menikmati citer ni sepenuhnyer penonton kena paham la dialog2 loghat kelate-siam Sam tu, sebab kat situ la banyak lawak, lucunya. Ada kawan aku yang tengok citer ni komen dia tak tau kenapa orang dok gelak2.. sian dia... hehe, walaupun baca subtitle orang yg tak paham kecek kelate maybe tak terasa lawaknya.



Kongsi gelap yg clumsy... hehe... comel..


Best jugak dapat dengar Fizo Omar ni kecek kelate.. sebab dia meme ore kelate pon..


Yang Kurenggg

dalam best2 tu ada la jugak satu dua benda yg boleh di improvekan lagi.. antaranya, continuity (dalam bahasa filem aku tatau la apa term nyer). maksud aku, scenes dia macam tetiba putus. Contohnya masa ASP Shariff (Fizo) tgh bertarung dangan Tumulak (Sam) tgh syok2 pung pang pung pang bertumbuk.. tetiba scene tu abis macam tu je.. (correct me if im wrong) terus scene tu bersambung orang2 lain dok kejar tumulak..pastu alih2 masa tumulak dah tak leh nak lari kemana2 ada dah semua polis yg watak utama tu (Yana, Puteri Mardiana n Fizo).

yang kedua... ni Mr.Monday nyer point...mcm mana ASP Shariff yang sama2 bertomoi dgn Tumulak di Songkla, Thailand bleh jadi Polis Malaysia plak. CikCloudy jawab; biasalah org kelate dok kat sempadan senang kuar-masuk ke Thailand. Konon2 nyer ASP Shariff tu orang Malaysia, cuma masa dia remeja dulu dok blaja tomoi kat Siam :)


yang ketiga... bahasa kelate-siam Tumulak, secara am nyer ok dah lohgat dia tu cuma ada satu dia perkataan yg intonasinyer salah...tapi boleh dimaafkan lah tu...


Dalam satu artikel yang aku baca Farid Kamil sendiri mengakui ada cacat cela dari segi teknikal filem KONGSI ni. Antaranya kesinambungan... yeahh that's the word la.. continuity kan.. menurut Farid lagi..ending nyer di biarkan hangin - cliffhanger - tergantung... mungkin ada sambungan la tu kan?

Anyway, all in all... thumbs up la utk KONGSI!

1 comment:

karipapsayur said...

pasal loghat kelate tuh, sy penah blaja pasir putih 2 tahun. dh lama dok situ sesekali terikut ckp kelantan jgk. Tp dorm mate yg kelantanese mesti bising; "burok sgt bunyi k qast mcm org siam ckp kelantan!"

So kiranya Tumulak cakap kelantan tp bunyi2 pelik tu, kira ok la kot. sbb org siam ckp kelantan tetap bunyi x sama dgn pure kelantanese! haha