nuffnang

Sunday, March 20, 2011

Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo

Berita Minggu

Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo - Hak saya sekarang jadi hak awak.

Heeehee... sangat mengundang pelbagai tafsiran kan... itu versi tagline SimplySiti Rahsiaku Kini Milikmu yang asal.. ditukar ke loghat kelate jadi lah Hok Kawe Lo ni Jadi Hok Demo... tapi tagline tu macam ada double meaning pulak.. itu yang gamat KB Mall kot.. :)


Tagline baru SimplySiti gamatkan majlis



SITI NURHALIZA melayan peminat yang mahu merakam gambarnya sewaktu majlis promosi SimplySiti di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Majlis promosi produk SimplySiti milik penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Kompleks Beli-Belah KB Mall di sini gamat semalam gara-gara tagline baru loghat Kelantan.

Daripada tagline asal Rahsiaku Kini Milikmu, Siti Nurhaliza menarik perhatian ratusan yang hadir dengan menukarnya kepada Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo.

Anggun berkurung moden dan berselendang hijau, Siti Nurhaliza bangga kerana rangkaian produk kecantikannya itu sudah menarik perhatian semakin ramai pelanggan termasuk penduduk Kelantan.

"Sambutan yang diterima di sini memberangsangkan, malah sudah melangkaui sasaran awal kami sejak SimplySiti dilancarkan pada April tahun lalu,'' katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah kelmarin. - Kosmo!



No comments: