nuffnang

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami Di Jepun

Baru je sejam tak tengok FB.. tup..tup penuh kat status kawan2 cakap pasal gempa bumi di Jepun dan tsunami yang menyusul selepas gempa bumi tu. Sama-samalah kita doakan semua rakyat Malaysia di sana selamat. Ada kat status kawan aku bimbangkan adik dia yg duduk menetap di Jepun, last dapat contact about an hour ago, masa tu the hubby kat ofis dan dia dah kuar umah berkumpul di tempat parking kereta.

Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan

11/03/2011 3:16pm

WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS

more news:
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12710020

1 comment:

eelobor said...

macam mana la keadaan rakyat malaysia di sana kan?