nuffnang

Sunday, November 21, 2010

Facebook Paling Popular

Tadi baca dalam kosmo dan mstar, Persatuan Digital Malaysia melaporkan pada bulan Oktober lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook. Menjadikan Facebook laman web paling popular di Malaysia pada bulan lepas.

Bagi laman web popular lain ialah Lowyat, Cari dan Fooyoh...

Lowyat aku tau la.. fooyoh pun tau sebab redmummy, tapi CARI? cari.com.my kah?

Anyway, memang tak dapat dinafikan pun FACEBOOK sememangnya menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat sekarang ni. Aku dah ada cakap pasal FACEBOOK few times kat blog ni.. the good n the bad...

Nak citer pasal keburukan FACEBOOK pun memang banyak... macam endless la jugak keburukan FACEBOOK ni... itu pun bila FACEBOOK disalah gunakan lah... ada yg dipecat kerja kerana FACEBOOK, ada yang ke warning letter dari majikan kerana FACEBOOK, rumahtangga juga porak-peranda kerana FACEBOOK, bagi students pulak, prestasi pelajaran merosot kerana ralit menghadap FACEBOOK.. itu baru sikit lah kan.. tapi sangat serious.. well.. apa2 pun terpulang kepada kita nak gunakan teknologi yang ada tu mcm mana la kan.. betul cara guna nya, positif lah sesuatu teknologi tu, tapi jika sebaliknya, sendiri mau ingatlah...

Now, kita cerita positif plak, bagi aku so far FACEBOOK banyak bagi kesan yang positif dari segi kembali berhubungan dengan kawan-kawan lama dan juga sedara mara... satu lagi kesan positif FACEBOOK ialah bagi mereka yang buat bisnes.. memang masyukk laa, free2 je boleh promosi kat satu dunia, tapi jangan promote skim cepat kaya dah la!




Facebook Kini Laman Web Paling Popular Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Laman web sosial, Facebook, merupakan laman web paling popular di Malaysia pada bulan Oktober dengan lebih 8 juta rakyat Malaysia menggunakannya, kata Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lepas berkata, blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.

"Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama, dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain.

"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun," katanya.

MDA berkata laman web berita merupakan kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari, dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari. - BERNAMA

1 comment:

Sidratul Muntaha said...

facebook byk sgt game
tu pasal ralit saje.