nuffnang

Sunday, October 24, 2010

Red Warriors Ke Final!

Negeri Sembilan, Kelantan Mara Ke Final

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua malam Sabtu.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, pasukan pelawat, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0.

Sebelum ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Johor FC mendahului Negeri Sembilan 1-0.

Pada babak separuh masa pertama perlawanan tampak kedua-dua pasukan lebih bertumpu kepada jentera serangan bagi menghasilkan gol pendahuluan perlawanan.

Pengadil perlawanan Nagor Amin Noor MOhamed telah mengiktiraf gol pertama pasukan negeri Sembilan apabila tandukan Mohd Shukor Adan telah melintasi garisan gol pada minit yang ke-36.

Pada babak kedua para penyokong pasukan Johor FC bagaikan terdiam apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Negeri Sembilan apabila Kunalan Subramaniam telah dijatuhkan oleh Khiri Kiman di dalam kotak penalti dan Sharurain Abu Samah menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-60 perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, pasukan tuan rumah yang juga naib juara Piala Malaysia pada musim lepas begitu bersemangat untuk mencari gol awal pada separuh masa pertama lagi dengan melakukan lebih lapan percubaan.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias yang beraksi cemerlang.

Pada minit ke-2 Kelantan nyaris menyumbat gol awal melalui sepakan Nur Shahrul Idlan Talaha yang terkena tiang.

Pada babak separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak mengasak dan Mohd Helmi terpaksa bekerja keras mengekang asakan pemain Red Warriors itu.

Kekebalan Mohd Helmi akhirnya tewas pada minit ke-78 melalui sepakan sudut yang diambil Nur Shahrul Idlan Talaha.

Sepakan bola tersebut melencong masuk dan gagal ditampan kemas Mohd Helmi yang menyaksikan lebih 20,000 penonton bersorak kegembiraan.

Perlawanan malam ini juga menyaksikan tiada insiden kekacauan yang dikhuatiri dicetuskan penonton tempatan berlaku namun beberapa insiden letupan mercun masih berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.

Negeri Sembilan dan Kelantan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.-BERNAMA

1 comment:

mzhany said...

gomo kelate gomo hehhee