nuffnang

Friday, October 01, 2010

Lif Jatuh? Jatuh Lif?

Adehhh... time2 aku dok hotel ni lah ada berita pasal lif jatuh plak.. dah la dok level 7 nih...

p/s: still bermeeting-an di hotel ni


Lif jatuh dari tingkat enam


ANAK panah menunjukkan lokasi lif Flat Impian Baiduri, Petaling Jaya yang jatuh dari tingkat enam semalam.


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 2 petang, empat mangsa yang ada dalam lif itu ialah seorang anggota bomba dan penyelamat dan isterinya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Utama, Petaling Jaya manakala dua remaja yang merupakan pelajar sekolah.

Pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat 13 menaiki lif itu selepas mereka habis bekerja manakala dua remaja itu pula baru pulang dari sekolah.

Empat mangsa yang cedera ialah Zarinah Jaafar dan suaminya, Rahim Yunus masing-masing berusia 30-an. Dua remaja itu pula ialah Azizah Ermonchatib, 13, dan S. Kugahan, 14.

1 comment:

attyfir said...

dengarnya cikgu tu mungkin lumpuh..