nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

Buah Tanjung




Inilah Buah Tanjung yang merupakan salah satu makanan tradisional Kelantan. Sangat manis rasa nyer... time bulan puasa memang senang nak dapat di pasar ramadhan.. gambar ni amik masa bulan posa baru nih la.. masa balik KB terjumpa buah tanjung ni dijual di pasar ramadhan, kalau dulu memang tak pandang la kuih nih.. tapi sejak jadi perantau ni.. macam suka plak nak beli n rasa kuih nih..



ni aku jumpe kat wikipedia;

Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa di sana. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

Kuih bunga tanjung berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula.

Kuih buah tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.


CikCloudy: aisehhh..tetiba teringin makan something sweet...

1 comment:

Shafika Syuhada Rosli said...

sedap tp sangat manis !!