KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara  Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik,  pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.
Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).   
Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka  diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda  dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang  terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan  bergerak maju.
Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan  negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi,  dan persekitaran politik.
Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam  kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.
Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba. - BERNAMA
 
 
No comments:
Post a Comment