nuffnang

Wednesday, August 25, 2010

Bengkel Buat Blog

ITU-UUM anjur bengkel bina blog

25/08/2010 1:36pm

ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama International Telecommunication Union-UUM (ITU-UUM) dan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) akan menganjurkan bengkel membina blog secara percuma kepada usahawan kecil di kawasan utara.

Pegawai Hal Ehwal Komuniti ITU-UUM, Muhammad Khairul Munawwar Ismail berkata, bengkel akan diadakan pada 3 dan 4 September dengan sasaran 30 peserta.

"Sepanjang bengkel, peserta akan diberi latihan untuk membina blog, menyunting gambar, merakam audio dan mempelajari cara menghasilkan penceritaan digital sehingga mereka dapat menghasilkan promosi produk mereka yang menarik,” katanya.

Mereka yang berminat menyertai bengkel tersebut di Makmal Komputer Bestari, Sains Kognitif dan Pendidikan UUM boleh menghubungi Muhammad Khairul Munawwar di di talian 019-4799551 atau 04-9284774. – Bernama

No comments: