nuffnang

Sunday, May 02, 2010

Pengawal Istana Kena Tembak

Ini entry mencari hits tujuannya.. hehehe

Pemangku Raja Kelantan Ziarah Mangsa Tembak

KOTA BARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra pada Ahad menziarah pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd yang cedera ditembak dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Tengku Muhammad Faris yang memandu sendiri keretanya memakai jubah putih tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pengawal keselamatan dan disambut oleh pegawai-pegawai kanan hospital itu.

Baginda berada kira-kira setengah jam untuk mengetahui keadaan kesihatan pengawal itu yang dijangka akan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang terbenam di dadanya.

Dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam semalam, Ismail, 50, yang menunggang sendirian ditembak dari jarak dekat oleh orang yang tidak dikenali, di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat kira-kira tiga kilometer darinya.

Mangsa yang cedera di dada dihantar ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana didapati serius.

Sehingga hari ini polis belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Semalam baginda mengarahkan polis membuat siasatan segera kes itu bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang dianggap serius dan perlu diketahui. - BERNAMA

No comments: