nuffnang

Sunday, March 07, 2010

Bela anak maya, anak kandung mati

kalau takat sibuk dok bertani, berladang dekat farmville and pokok bunga depan umah mati kekeringan takpe lagi.. ini anak sendiri weiii..


Bela anak maya, anak kandung mati


2010/03/07 -metro ahad

SEOUL: Sepasang suami isteri yang ketagih komputer membiarkan anak kandung mereka mati ketika asyik membesarkan anak maya dalam talian.
Pasangan itu menghabiskan masa 12 jam setiap malam di kafe Internet dan meninggalkan bayi perempuan mereka berusia tiga bulan bersendirian di apartmen mereka di Suwon, berhampiran Seoul.


Mereka ditangkap semalam.


Polis berkata, pasangan itu begitu taksub menjalani kehidupan di alam maya dalam talian dan membesarkan ‘seorang anak’ menerusi profil mereka dalam permainan gaya Hidup Kedua yang dikenali sebagai Prius.


Permainan itu membenarkan pengguna memilih pekerjaan, berinteraksi dengan masyarakat di dunia maya dan memperoleh anak untuk dibesarkan apabila mencapai satu peringkat. Kim Yoo-chul, 41, dan isteri, Chooi Mi-sun, 25, menelefon polis apabila mereka pulang selepas sesi 12 jam di kafe Internet dan mendapati anak sebenar mereka mati.


Pegawai bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat bayi itu.

Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan dia mati akibat kekurangan zat.


Kim dan isteri ditahan atas tuduhan mendera dan cuai.


Polis berkata, pasangan itu terlalu taksub dengan anak perempuan yang dibesarkannya dalam talian hingga tidak mempedulikan anak sebenar mereka.


Mereka mengaku memberi anak itu susu tepung yang sudah tamat tempoh dan sering memukulnya.


Kim dan Chooi berkenalan menerusi laman sembang Internet pada 2008.


Permainan online amat popular di Korea Selatan. Peserta profesional permainan Internet itu disambut bagai selebriti menerusi pertandingan yang disiarkan secara langsung oleh televisyen Korea Selatan. Bagaimanapun, pengkritik berkata, populariti yang membolehkan syarikat komputer meraih keuntungan besar, perlu dibayar dengan harga mahal dengan beberapa kejadian pelik yang menjadi tajuk akhbar.


Seorang lelaki berusia 28 tahun mati baru-baru ini selepas bermain permainan kegemarannya, Starcraft selama 50 jam tanpa berhenti makan atau minum.


Dalam kejadian lain, seorang pemain yang marah kerana penentangnya membunuh karektor yang sekian lama diwujudkannya, mencari alamat musuhnya, mengambil teksi dan menikam mangsanya. - Agensi

2 comments:

Rashid said...

salam

ishh teruknya. Itu dah ketagihan tahap melampau. Makan minum tidur ngan internet je.


Kasihan anak. Jadi mangsa..

enjelinajolipit said...

hahaha! ade tak pekebun yg pokok yg betol mati, pokok di farmville idop subur??