nuffnang

Saturday, November 07, 2009

Rosmah Dapat Rm7 Juta! wowwww!

Kerabat Arab beri Rosmah RM7 juta




PUTRAJAYA - Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lalu, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan AS$2 juta (RM7 juta) untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Semalam, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, AS$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang miskin.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata, beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.


-kosmo.com.my

1 comment:

Anonymous said...

datin rosmah, mintak duit boley, nak bayar hutang rumah, kad kredit, bil2 tertunggak. tak banyak mana pon.... lebih kurang 50 ribu. saya pon orang malaysia yang dalam kesusahan jugak....


-hutang keliling pinggang-