Tadi masa dok ngemas2 sambil 'dengar' tv, tertangkap berita kat tv cakap pasal berita Pengerusi Proton Holdings kena heart attack... then bila tgk kat internet barulah tahu dia kena attack tu kat India.... huuiihh jauh tuuu...
ni yg aku baca kat mstar.com.my
Ahad November 1, 2009
CHENNAI: Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton, Datuk Nadzmi Mohd Salleh dimasukkan ke Hospital Apollo, India akibat serangan jantung awal pagi tadi.
Beliau mengadu sakit dada ketika membuat pemeriksaan masuk ke hotel penginapannya, Hotel Coromandel, sebelum dikejarkan ke hospital.
Nadzmi, 55, berada di India bagi mengikuti delegasi perdagangan dan pelaburan Malaysia yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed.
Mustapa yang dimaklumkan mengenai berita tersebut telah melawat Nadzmi, yang kini ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, pada kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan).
Nadzmi juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd.
Kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan), Nadzmi dipindahkan ke wad biasa hospital itu. Keadaannya dilaporkan stabil. BERNAMA
No comments:
Post a Comment