nuffnang

Sunday, July 19, 2009

Keburukan Makan Sardin

Keburukan Sardin

Diambil dari; rahsiadiet.com

Artikel di bawah telah dipetik daripada sebuah email dan tidak dapat dipastikan kebenarannya. Jika anda mempunyai info yang berkaitan, sila kongsikan untuk makluman rakan-rakan yang lain..


“Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

6 comments:

Neeza Shahril said...

tak pastilah pulak tapi kan, baru je lagi akak makan nasi dagang lauk ikan tongkol.. tulangnya lembut macam tulang ikan sardin..
kawan mak akak tu cakap dia rebus ikan tu 3 hari.. guna asam keping je.. letak garam gula.. takdelah pulak bahan kimia bagai..
tapi tak tahulah kan.. mungkin gak ada bahan kimia..

attyfir said...

kalo tak silap kty skrg ikan sardine besau harga nya dlm rm5.80

better beli ikan saridine fresh..

adenium said...

emmm penah gaks baca... tapi i luv sardin sooo much.. :-(

adenium said...

strange huhh...?

Kamarul said...

Salam,

Kebanyakan email yang menyebarkan tentang keburukan sesuatu benda selalunya tidak disertakan dengan bukti bukti yang kukuh. Justeru, banyak yang boleh dipersoalkan.

Tentang sardin, Saudara pernah makan ikan sardin basah? Di Malaysia terutamanya di Semenanjung, saya rasa memang tak pernah jumpa ikan sardin basah di pasar, di Sabah mungkin ada.

Melalui pengalaman saya semasa belajar di Eropah, saya amat suka bila tibanya musim sardin kerana banyak ikan ikan sardin segar dijual di pasar dengan harga yang amat murah.

Pengalaman pertama makan sardin goreng. Ikan sardin basah ini amat enak bila digoreng garing di mana semua bahagiannya (Tulang dan kepalanya)boleh dimakan dan boleh dimamah hancur dengan mudah.

Daripada situ, terus saya mendapat ilmu baru iaitu kenapa tulang ikan sardin dalam tin itu lembut, kerana sememangnya tulang ikan sardin basah itu amat lembut.

Dan berdasarkan info kesihatan di sana, mereka amat menggalakkan makan ikan sardin beserta tulangnya kera ianya amat kaya dengan sumber semulajadi kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat.

http://healthmad.com/nutrition/the-amazing-health-benefits-of-sardines/

http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=147

So, kepada sesiapa yang terima email menceritakan keburukan sesuatu benda tu, google lah dulu untuk mendapatkan kebaikan sesuatu benda tersebut.

There you go!

Wallahu alam.

RIMA DANIA said...

Saya tak terima bulat2 kenyataan menyebarkan tentang isu sardin ni guna bahan kimia untuk jadikan dia lembut..

dalam kenyataan mengatakan pressure cooked ikan kembung 3hari 3 malam pun,ikan kembung tak melebur..

di situ dah nampak jelas penipuan yang sangat kelakar...

sedangkan keluarga saya masak kari kambing pun, kami akan lembut kan daging kambing tu dalam pressure cooker tak sampai sejam pun..

jadi mana datangnya ikan kembung di pressure cooked 3 hari 3 malam ikan tak lebur2..

antara kambing dan ikan... sudah tentu lah kambing lagi sukar dilembutkan..

ruginya org yg percaya bulat2 dgn artikel tersebut kerana sardin adalah bagus untuk tubuh manusia..

kalau org putih baca isu ni.. dia pun akan gelak sebab penggunaan pressure cooker ni meluas di eropah.. nak pressure cooked tulang lembu pun boleh..

part of my experience dalam penggunaan pressure cooker=)