nuffnang

Monday, January 26, 2009

Resepi Kek



Kek Kiwi Pandan



Yummmmm yammmm



Resepi kek la pulakkkk.... teringin makan kekkk.... nak kekkkkk...








BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
BAHAN A:
6 biji telur
120 gm gula kastor
120 gm tepung superfine
30 gm ovelatte
20 gm tepung jagung
1/4 sudu kecil pes pandan
1/8 sudu kecil pewarna hijau

BAHAN B:
50 ml minyak jagung

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A sehingga kembang. Akhir sekali masukkan bahan B.
2. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 0C sehingga masak. Apabila kek masak sejukkan dan sapukan krim.
3. Akhir sekali, letakkan isian kiwi dan hiaskan mengikut cita rasa.

BAHAN KRIM :
BAHAN A:
125 gm krim well
75 gm mentega
75 gm gula aising (ayak)
50 gm susu pekat

BAHAN B:
50 ml air gula (pekat)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putarkan bahan A sehingga kembang dan putih. Kemudian masukkan sekali bahan B.
2. Gaul rata.

BAHAN ISIAN:
Kiwi secukupnya. Buah kiwi untuk hiasan.





Macam susah jerr (malas sebenarnyer..)



Awaakkk.... jom g bli kekkk... (hahaa... gedikness..)

3 comments:

adenium said...

hadooiii... ken main nak puji rajin tadik....

Neeza Shahril said...

haah.. banyak sangat bahan nak buat..
boleh tak cik clody beli pas tu pos kat sini.. hehehehh..

PFS6450 said...

cloudy mkn hbl ker?