nuffnang

Wednesday, January 21, 2009

Resepi Dendeng

Dendeng Berlado
Tetiba jek teringin daging dendeng nih.... yummmmy nyerrr.... laporrr...

Terjumpa plak resepi nyer kat sini


BAHAN-BAHAN:
300 gm daging pejal
300 ml air
1/4 sudu kecil garam


BAHAN TUMBUK KASAR:
5 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:
1) Rebus daging hingga empuk.
2) Biar sejuk kemudian hiris daging nipis-nipis dan lebar. Ketukkan sedikit dengan
belakang pisau.
3) Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga garing, ketepikan.
4) Tinggalkan tiga sudu besar minyak bekas menggoreng daging dan tumiskan
bahan-bahan tumbuk hingga masak.
5) Bubuh daging goreng dalam pinggan dan curahkan sambal di atasnya.

3 comments:

adenium said...

macam nak try jer..hehehe...tapi terus makan kat kedai jer lah... lagik senang....nampak sgt malas i nih kan...hehehe

miss cloudy said...

takpe...niat dah ada...tapiii mmg pun bli lagi senang.. hehe

Monkey D Luffy said...

first time aku dengar nama dendeng...