nuffnang

Friday, November 11, 2011

11.11.11 : Itulah KetentuanNya.

Ramai yg heboh dan ternanti-nanti dengan tarikh yg dikatakan keramat lah, cantiklah, takkan jumpe dah tarikh macam tu etc... tapi bagi aku tarikh tu berlalu begitu saja, takde apa yg signifikannyer.. kecuali... satu khabar berita dari kampung halaman.. my childhood friend meninggal dunia masa nak bersalin... innalillah.... anak ketiga... sedih jugak la mendengarkan khabar tu walaupun kami takde lah rapat sangat, dah masuk sekolah menengah masing-masing buat haluan masing-masing, just parents kiteorang je yg still keep in touch..

Pastu adalah suara yang bertanya, boleh dakwa tak pihak hospital atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian arwah... al-kisahnyer arwah kena induce pastu what went wrong aku tatau (tak reti nak cakap,xde experience lagi kan ), arwah kena operate, masa operate tu darah memancut kuar n baby rupanyer dah meninggal.. berbalik kepada soalan nak dakwa pihak hospital... dalam hati aku terdetik, nak dakwa buat apanya, dah itu takdirnya, dah la hari Jumaat, meninggal time bersalin pulak tu.. masyaAllah.. pengakhiran yg macam mana lagi kita nak? Memanglah kematian satu kehilangan buat keluarga arwah, anak pulak kecik2 lg kan, tapi dia pergi dengan cara yg cukup molek..

Khabarnya jenazah arwah semasa dimandikan seolah-olah tersenyum dan berbau wangi.. MasyaAllah....


Al-fatihah buat arwah... semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...

No comments: