Kejadian ini terjadi beberapa tahun dahulu (macam ayat kisah benar je kan) kawan lama masa sekolah dulu tiba-tiba berjejak kasih dengan aku di internet, bukan di muka buku sebab masa tu muka buku tak femes lagi jadinyer tak ramai lagi rakyat Malaysia yang ada kat muka buku tu (maknanya dah lama jugak la kes ni). Aku pada mulanya sangat happy la kan bila mana kawan aku tu susah payah carik aku sehingga jumpa email aku kat satu site utk alumni sekolah. Dok berbalas email lah kita orang dan ber-ym (yahoo messenger), pastu hasil daripada tu kitaorg decided nak buat reunion kawan-kawan sekolah. Kebetulan masa tu nak sambut raya, so berlangsunglah majlis reunion tu dengan jaya nyer.. masa tu kawan aku tu takde wat hal lagi, ok je aku ngan dia, cuma satu benda je yg buat aku pelik, dia kata nak pos invitation cards utk semua kawan2 yg nk hadir reunion tu, tapi sampai ke sudah kad tu tak sampai2, at first aku sibuk gak la dok bertanya dia napa kad tu tak sampai2 sedangkan dia cakap dah pos. Pastu lama2 aku jadi malas dah la nak tanya... dan memang sampai ke hari ni takde pun kad tu..
Kawan aku tu start buat hal lepas reunion tu, dia call cakap urgent nak guna duit, nak pinjam dengan aku dan dia janji akan bayar pada sekian-sekian haribulan (aku lupa dah tarikhnyer), aku plak mengenangkan kawan lama dan sebelum ni kiteorang tak pernah ada masalah, ku berilah dia pinjam, rasanya dalam RM400 kot. Bila tiba tarikh yang dia janji nak bayar tu, takde khabar berita dari dia. Aku sms, aku call... akhirnya dia transfer la dalam RM100 kot ke account aku, dia ni skang ni dok Perak and aku kan kat Pahang, so memang takde chance la nak bersemuka. Lepas dapat seratus...hampeh.. takde langsung bayang2 nak bayar balik hutang aku tu..puas contact dia tak dapat, aku sms ke handphone husband dia pulak (dia pernah sms aku pakai handphone hubby dia). Hubby dia cakap nanti dia bagitau isteri dia. Hampehh jugakk.. so.. sampai sekaranglah hutang tu tak berbayar... dan paling sedihnya, ukhwah yang baru je bertaut semula seolah-olah sudah terlerai...
Itu satu kes, kes yang kedua another kawan yang mintak pinjam duit sebab laki dia kena tangkap Polis... adehh... nak jamin kena berapa ribu ntah... so.. aku pun bagi pinjam la.. kesian la kan.. kawan tu dah la tak keje, ada anak dua orang plak.. iskkk... last-last sampai ke hari ni masih tak bayar jugak dan saling tak berhubungan dah... nasib baik Rm200 je kan..
Based on dua kes tu, aku simpulkan kalau ada orang mintak pinjam duit, boleh bagi pinjam tapi bagilah dalam jumlah yang kita tak ralat atau tak naik sawan kalau tak dapat balik duit yang dipinjamkan tu. Niatlah sedekah utk dia, aku yakin dalam dua2 kes aku tu mereka sangat memerlukan duit tu..
dari blog ustaz zaharuddin.net
Dalam konteks Islam, ketika hutang itu telah dihalalkan secara berlafaz atau sms oleh si pemberi hutang, ia bermakna pemberi hutang telah memberi sedeqah atau derma kepada anda.
Konsep menghalalkan hutang sehingga menjadi sedeqah ini dipuji oleh Allah s.w.t dalam ayat berikut :-
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )
Justeru, di ketika ia telah menghalakan hutang itu, aqad ‘hibah' atau sedeqah telah termeteri dengan sempurna, kerana antara syarat utama sah hibah dan sedeqah adalah ‘qabadh' atau penerimaan hadiah. Maksudnya jika jiran saya berkata dia ingin menghadiahkan motorsikalnya kepada saya, tiba-tiba sebelum sempat ia menyerahkan kuncinya, ia telah meninggal dunia, tatkal aitu. Hibah belum sempurna dan saya tidak boleh menuntut hadiah itu kerana saya masih belum terima atau ‘qabadh' motorsikal tu. 'Qabadh' motoriskal adalah melalui terimaan kuncinya.
2 comments:
Menyampah tau orang2 macam tu. what makes they think that its ok not to bayar. ko jek susah, tak pikir orang lain kan. benci tau.. Saya rasa dia akan cakap pada husband dia, alaa tak yah la bayar, dia orang senang kita ni orang susah. Sebab tu la ko tak senang2 kan, tak pernah amanah nak bayar hutang..hhehehe emo pulak..
i pun penah kena gini, kengkawan pinjam $$$ pastu blah. paling teruk xbf pinjam $$$ pastu lesap, sampai skrg ilang langsung... mmg la xbyk, tp x elok la wat keje menipu org kan.
semoga org2 yg berhutang ngan kita ni, dpt hidayah & kesedaran bahawa ada hutang yg perlu dilangsaikan. amiin...
Post a Comment