nuffnang

Sunday, June 05, 2011

Kucing Jantan Faktor Utama Beli Mingguan Malaysia



Assalamualaikum dan selamat pagi, my dearest readers :)

Entry kali ni CikCloudy nak cerita pasal satu column dalam Mingguan Malaysia yang menjadi kegemaran dan faktor utama CikCloudy beli paper tu setiap hari Ahad. Sejak terbaca dengan cara tak sengaja artikel yang ditulis oleh Kucing Jantan tu pada 2-3 bulan lepas, sekarang ni selagi boleh memang wajib beli Mingguan Malaysia, kalau sebelum tu dah tak berapa nak pandang dah MM (Utusan Malaysia) ni sebab MM ni lah antara suratkhabar yang masih bersaiz besar dan tidak kompak seperti Berita Minggu (Berita Harian), Metro Ahad (Harian Metro) dan yang lain-lain.

Untuk column Kucing Jantan ni ada tiga orang penulis (kucing) yang menulis silih berganti. Masing-masing menggunakan nama samaran Bro Tompok, Si Belang dan Mat Comot. Apa yang bestnyer sebab gaya santai dan kadang-kadang bahasa yang digunakan sedikit pedas dan sinis. Topik yang menjadi pilihan biasanya tentang adam dan hawa. Hubungan antara perempuan dan lelaki dan rata-rata ianya berpihak kepada lelakilah. Dah penulisnya lelaki kan. Yang terkini topiknya pasal Hebat sekali facebook bagi seorang perempuan . Masuk je kereta lepas beli MM tadi terus CikCloudy baca kuat2 utk MrMonday yg tgh drive. Memang kenalah topik tu dengan apa yang kiteorang selalu dok bincangkan. Dari bangun tido ke menu makan pagi sampai lah keluh-kesah memang kena setepek la kepada ramai perempuan di luar sana yg dah takleh berenggang dengan facebook. Tapi, bukan perempuan je, lelaki pun ada jugakkkk ye encik kucing comot.

MrMonday plak dok hmmm..hmmm sambil sengih2 masa CikCloudy baca tu, memang bleh jadi bestfriend la depa ni.

For sure ramai jugaklah wanita yang melenting bila baca artikel yang ini Bila ‘boss’ perempuan nak tunjuk kuasa antara yang pedasnya....

Tetapi perempuan tahulah, hasad dengki mereka jauh lebih dahsyat daripada lelaki. Maka apa lagi dicarilah jalan supaya imej kawan Bro tu tercalar.

Sedarlah sehebat manapun perempuan mereka tetap perempuan yang mempunyai seribu satu kelemahan. Contoh paling mudah, bila rasa tertekan menangis juga, itu tak apa lagi, ada sesetengah tu pula terjerit-jerit dalam pejabat macam kuntilanak tak dapat jejak tanah!

Selain itu, orang tua ada pesan, perempuan tinggi manapun belajar akhirnya ke dapur juga tetapi Bro yakin zaman sekarang ini tidak ramai ‘boss’ perempuan yang pandai masak sebab segala urusan rumah tangga diuruskan pembantu rumah, kadang kala nak buat secawan kopi untuk suami pun malas, maklumlah ‘boss’ katakan.

Komen CikCloudy; tak semua boss perempuan macam tu kan.. so tak bestlah kalau semua boss perempuan di generalize kan macam tu, lagi pun penulis hanya dengar cerita sebelah pihak. Cerita belah boss tu nak kena dengar jugak. Biasalah kita bila bercerita kat kawan mungkin ada kelemahan dan kesalahan kita yang kita terlupa nak cakap.

Di lain minggu, Kucing Jantan memaparkan pulak Pesanan untuk anak lelaki memilih pasangan hidup. Kali ni Kucing Jantan berceloteh perihal panduan anak lelaki dalam memilih calon isteri. Dalam pesanan seriusnya ada juga sinikalnya.

Tetapi dalam hal ini, ayah mahu kamu benar-benar faham mata pelajaran biologi. Apakah fungsi kecantikan? Asasnya ialah supaya manusia suka untuk berkelamin. Seterusnya berkeluarga dan membiak. Maka rahsianya ialah pilih calon isteri yang kamu senang kerana seksnya.


Dalam tulisan yang ini.. Apabila cuaca berubah dengan tiba-tiba, tanpa sebab Encik penulis berceloteh perihal mood wanita yang dalam sekelip mata boleh berubah. Ada betulnya apa yang dia katakan tu, tapi ada jugak yang boleh diperdebatkan. Tapi CikCloudy bukan nak berdebat tapi just nak share dengan my readers semua pandangan penulis tersebut mengenai kita; golongan hawa. Mana yang betul tu kita buat panduan untuk improve diri kita. (MrMonday sukalah ni)

Walaupun topik-topik artikelnya pedas tapi apa yang diperkatakan memang ada peratusan yang betulnya. Tidak 100% betul ok!

Dalam dok baca artikel ni terfikir pulak, takde ke column lawan Kucing Jantan ni? CikCloudy nak offer diri jadi lawan untuk column Kucing Manja... hahaha... boleh ke Utusan?

Masa menyiapkan entry ni barulah CikCloudy try tanya pakcik google kot2 la dia ada simpan artikel Kucing Jantan ni... nahhhhhh sekali keluar list nyer..


pasni tak payah dah la CikCloudy beli MM dgn RM2 kan.. online jeerr... tapi tak semua artikel nyer ada la. Puas godek sana-sini nak cari artikel yang pertama dan kedua, tapi tak jumpe. Kot2 la Bro Tompok, Mat Comot or Si Belang ada terbaca entry ni boleh la email kan artikel yg pertama dan kedua yer... TQ in advance :)

No comments: